Minuman Susu Kultur Fernleaf dan Yogurt CalciYum adalah pilihan yang sihat untuk anak-anak saya

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Meluangkan masa bersama anak-anak adalah satu perkara penting.Mereka akan merasakan tidak terabai dan hubungan antara keduanya terjalin lebih erat dan mesra.Masa istimewa itu adalah yang paling sesuai untuk ibubapa bersama anak-anak sambil berkongsi perasaan dan pengalaman, mengeratkan lagi perhubungan, membimbing anak-anak sambil menjadi contoh yang terbaik kepada mereka.


Dengan anak-anak saya menghabiskan lebih banyak masa dirumah sekarang,saya perlu menyimpan beberapa snek ringan untuk waktu makan.Saya mahu memberi mereka snek yang sihat dan berkhasiat.


 Mengapa Nutrisi Lengkap Sangat Perlu.

Pentingnya nutrisi bagi anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak kita adalah mencukupi.


Jika jumlah pengambilan nutrien adalah tidak mencukupi, ia akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Hal ini akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna. Kebanyakan proses tumbesaran dan perkembangan termasuk mata, minda, pertumbuhan fizikal dan pembelajaran berlaku ketika kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun. Justeru itu, pengambilan pemakanan mereka boleh mempengaruhi perkembangan tersebut.


Berdasarkan pengambilan nutrien yang disyorkan seorang kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga memerlukan 500mg kalsium setiap hari, dan pengambilan itu meningkat dengan berterusan ketika anak itu meningkat, sehingga 1,000 mg kalsium setiap hari - bersamaan dengan empat gelas susu segar atau 200 epal untuk kanak-kanak berumur antara 10 dan 12 tahun.

"Penting bagi anak-anak untuk menerima kalsium yang mencukupi setiap hari untuk membina tulang yang kuat, kerana 90% kekuatan tulang dikembangkan sebelum seseorang mencapai usia dewasa"



Mengapa minuman susu kultur Fernleaf adalah pilihan yang sihat untuk anak-anak saya?

Fernleaf CalciYum dicipta dan menyediakan kaedah yang menyeronokkan dan lebih mudah untuk saya memastikan anak-anak saya mendapat pengambilan kalsium harian yang diperlukan. Bukan sahaja rasanya sangat enak dan digemari oleh anak-anak malah ia sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada sarapan pagi kerana ia memberikan suplemen yang baik dari segi kalsium untuk diet harian  untuk menyokong kesihatan anak saya dari dalam dan luar.





Dan yang paling penting ialah saya memilih minuman susu kultur Fernleaf CalciYum,yang mempunyai probiotik DR20.Probiotik berfungsi untuk menyokong system pencernaan yang sihat,dan menjaga daya tahan badan yang kuat.



Ia juga tinggi kalsium,diperkaya dengan vitamin D,yang semuanya baik untuk anak-anak saya yang sedang membesar.

 



Fernleaf Calciyum dilengkapi dengan kebaikan nutrisi A-Force™ yang mengandungi 8 nutrien penting untuk menyokong keperluan nutrisi anak anda, dan bakteria baik ProbioDR20™*. 



Minuman susu kultur Fernleaf CalciYum boleh didapati dalam pek 110ml untuk semua varian yang terdiri daripada Perisa Asli,Epal,Oren dan juga Anggur.




Saya juga membeli yogurt CalciYum kerana ia baik untuk penghadaman.Yogurt CalciYum mempunyai pelbagai variasi buah yang berbeza yang anak-anak saya suka.Yogurt amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.Yogurt menawarkan beberapa manfaat kesihatan,termasuk protien dan probiotik.


Kadang-kadang,saya juga menggunakan yogurt CalciYum untuk membuat aiskrim.Hanya tambahkan batang ais krim ke dalam cawan dan bekukan! Lebih mengembirakan untuk anak-anak saya menikmatinya!

Mengapa Yogurt CalciYum adalah pilihan yang sihat untuk anak-anak saya?


i.Padat dengan Nutrien 

Yogurt berkrim ini mengandungi empat nutrien utama dan ia merupakan sumber protein,kalsium, yang membantu memenuhi keperluan pemakanan harian anak-anak.

ii.Dengan Vitamin tambahan

Setiap cawan Yogurt CalciYum ditambah dengan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.

 iii.Baik untuk tulang 

Yogurt CalciYum mempunyai 2x Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat.Pengambilan Yogurt CalciYum adalah sebagai satu cara bijak untuk membantu memenuhi keperluan kalsium harian anak-anak saya.

iv.Baik untuk perut

Yogurt bagus untuk sistem imun kita .. sebab yogurt neh ada bakteria baik atau kultur hidup yang dapat menghalang jangkitan funggus dan juga bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh kita .. ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit di saluran pencernaan kita .


v.Rasa yang enak

Yogurt CalciYum didapati dalam 4 perisa enak:Yogurt Chocoberry,Yogurt Strawberri Mangga,Yogurt Strawberri Anggur dan juga Yogurt Vanilla Anggur dan boleh didapati dalam cawan individu,sesuai dinikmati dimana-mana jua,pada bila-bila masa!


Terokai Keunikan A-Force


Sama ada di sekolah atau ketika bermain, kanak-kanak perlukan tubuh yang sihat di luar dan dalam. A-Force dengan Vitamin D dan DR20™ didalam minuman susu kultur Fernleaf membantu anak-anak menghadapi hari-hari yang mendatang.Kini dengan Probio DR20™ yang dilindungi paten dalam A-Force, untuk mereka serlahkan potensi penuh mereka!

Manakala Yogurt CalciYum dengan Phocuslipids™, ramuan tenusu lipid Fernleaf yang unik, membantu menyokong minda dan tubuh aktif anak-anak.

TUBUH AKTIF

Fernleaf CalciYum minuman susu kultur mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat. CalciYum juga mempunyai Probio DR20™. Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien.

Manakala Yogurt Fernleaf CalciYum tinggi dengan kalsium dan Vitamin D serta ia mengandungi zink untuk menyokong pertumbuhan tulang-tulang kuat.


MINDA AKTIF

Minuman susu kultur yang enak ini membekalkan nutrien-nutrien utama untuk menyokong keperluan harian anda. Menjaga kesihatan bukan hanya bermaksud yang anda akan bersedia untuk melakukan yang terbaik tetapi anda juga akan rasa lebih hebat dan Yogurt CalciYum juga mempunyai Phoculipids™ dan juga zink.


Oh ya,minuman susu kultur Fernleaf dan Yogurt CalciYum ini bukan sahaja menjadi pilihan anak-anak saya tetapi turut menjadi pilihan saya juga.Saya seorang yang tidak sukakan susu,tetapi bagi seorang wanita hamil,pengambilan susu sangat penting untuk perkembangan janin dan baik untuk  tulang ibu.Oleh itu,saya mengambil alternatif lain iaitu mengambil minuman susu kultur Fernleaf dan Yogurt CalciYum bagi mengantikan susu.Dan dalam waktu saya tengah berpantang sekarang ini saya masih mengamalkan memakan yogurt CalciYum Fernleaf kerana yogurt mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh menjana penghasilan susu ibu.Bakteria baik dalam yogurt  berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu yang mana  bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.Selain itu untuk mengelakkan masalah sembelit selepas bersalin.😅

Akhir Kata,

Sebagai ibu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Dengan susu kultur dan yogurt Fernleaf CalciYum yang dipadatkan dengan nutrisi A-Force™ khas untuk kanak-kanak ia mengandungi bakteria baik ProbioDR20™* untuk menjaga fungsi usus yang baik.

Jika kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badan mereka juga akan bertambah baik. #FernleafCalciYum ada untuk memastikan mereka sentiasa kekal aktif dan kuat dari dalam.Fernleaf CalciYum, pilihan kanak-kanak bijak, ibu setuju!

Kedua-dua minuman susu kultur dan yogurt CalciYum mempunyai logo “Healthier Choice” dari Kementerian Kesihatan kerana kandungan gulanya rendah-satu lagi kelebihan yang perlu dipertimbangkan ketika memilih snek untuk anak-anak anda!


Dapatkan Kereta BoBoiBoy Percuma - Kumpulkan kesemua  versi apabila anda membeli sebungkus susu kultur Calciyum.





#FernleafCalciYum #ActiveMindActiveBody

You Might Also Like

0 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..