Rahsia 'makeover' lebih berkesan

Bagi sesiapa yang minat dengan makeover..nah! disini tips buatmu..Kita kongsi sama2 ya...
* Makeover takkan mungkin sempurna jika diberi 'kanvas' yang rosak

Amati semula  kulit wajahmu.

Tips 1.Ton kulit sekata.Sebelum kamu bekerja keras menampal lebih banyak bedak asas dan bersolek tebal,ada baiknya kamu pertimbangkan untuk membeli produk penjagaan kulit yang mampu memperbetulkan ton kulitmu yang tidak sekata dan berbelak-belak.

Tips 2.Magis Bedak Asas. Selepas ton kulit dirawat dan dipulihkan,lapisi lah ia dengan bedak asas berkualiti tinggi.Pastikan warna bedak asas bersebati baik dengan kulit.Hindari memilih ton bedak asas yang 2 tingkat lebih cerah daripada ton asli kulitmu.Hasilnya kelak menyerupai topeng!Tidak salah memilih satu ton lebih cerah,namun kamu haruslah pandai mengadunnya dan perlu pintar bermain teknik kontur wajah.

Tips 3. Kuasa krim malam.tahukah kamu betapa pentingnya krim malam dioles pada wajah sebelum tidur?sewaktu jasmanimu beristirehat,sel-sel kulit 'bekerja' pada waktu malam;menyerapnutrien lalu mengolahnya kelapisan dasar kulit dengan cekap.Hasilnya,kompleksi kulit terjelma cantik lagi licin bak mutiara menjelang pagi!

Sempurnakanlah diri kamu dengan tips yang berharga ini..

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..