REVIEW : Botol Susu Pilihan Ibu atau Anak

Lambakan botol susu dipasaran membuatkan ramai ibu-ibu comel diluar sana sukar untuk memilih kan.Maklumlah sekarang ini kan banyak sangat botol susu yang comel-comel designnya seiring dengan harganya.Bagi anda yang baru nak jadi ibu mesti pening kan nak pilih jenama botol susu untuk anak anda.

Bagi saya sama ada kita memberi susu ibu atau formula,pemilihan botol susu sangat penting dari segi selamat iantu BPA FREE,anti colic,membantu dalam penyusuan,senang dibasuh serta harga.

Antara botol susu popular dan sering menjadi pilihan ibu-ibu diluar sana termasuklah saya ialah:

1.TOMMEE TIPPEE


Kebanyakkan ibu bapa memilih Jenama ini dan Tag Line Tommee Tippee juga yang sangat menarik "Closer to Nature"


Kelebihan:
- Lebih murah berbanding Avent
- Puting yang lebih lembut dan sangat-sangat menyerupai puting ibu
- Bayi sangat selesa dengan puting botol susu ini
- Bentuk yang agak unik & menarik
- Anti Colic
- BPA Free

Kekurangan:
- Saiz botol yang lebih besar dah kebanyakkan bottle holder tidak support botol bersaiz ini (jadi perlu guna yang agak besar atau dari jenama ini sahaja)
- Bayi lebih suke menggigit puting jenis ini kerana lembut

UPDATE:Admin pernah guna jenama ini,tapi anak tolak lagi 1 susu senang keluar..hehe..

Berminat hendak beli??Boleh beli di TOMMIE TIPPIE STORE




  2.AVENT

                                       
 Jenama ini antara pilihan popular oleh ibu bapa di Malaysia

Kelebihan:
- Anti Colic 
- Mudah di cuci dan selamat
- Si Manja dapat mengawal pengeluaran susu
- Jenama yang sangat di kenali
- Selamat, BPA Free
- Tidak mudah calar

Kekurangan:
- Mudah bocor di bahagian ring puting (kebanyakkan kerana salah pasang & puting botol jenis ini cepat haus)
- Lebih mahal dari jenama lain
- Puting yang sedikit keras (kebanyakkan bayi tidak menyukainya)

UPDATE:Botol susu pilihan admin dan anak sehingga kini.

Berminat hendak beli?Boleh beli di AVENT STORE

3.    MAM
                            
                           botol susu pilihan ibu atau anak 
 ibu bapa memilih Jenama ini kemungkinan tertarik kepada model yg ada rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.

Kelebihan:
- Warna yang menarik
- Harga berpatutan
- Anti Colic
- BPA free
- Tidak mudah calar
- Tidak mudah rosak
- Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu (no nipple confusion)
- Puting boleh di tukar dari MAM ke AVENT

Kekurangan:
- Flow susu yang terlalu laju walaupun puting jenis Newborn. Bayi kelihatan bernafas pantas dan kaki menendang2 kerana air yang laju.
- Sukar di cuci kerana perlu mencuci ke semua 6 bahagian iaitu tutup botol, punting, nipple ring, botol, pad getah bahagian bawah, dan penutup bahagian bawah.

UPDATE:Admin pernah guna tapi sekejap je,tu pun hadiah dari akak ipar lepas tu dah tak sambung guna..ntahlah macam tak berminat dengan botol tu..hehe..boleh pulak kan..

Berminat nak beli?Boleh beli di MAM STORE


4.          MIMIJUMI      
 botol susu pilihan ibu atau anak
         
Botol buatan Swiss ini semakin mendapat perhatian para ibu bapa terutama kepada yg mempunyai anak yg agak cerewet dengan gaya puting dan sebagainya.

Ramai ibu bapa yang pening kepala mencari botol susu yang sesuai untuk anak mereka yang agak memilih dan langsung tidak mahukan botol susu kerana lebih gemar kan DF.


Kelebihan:
- Sangat sesuai bagi yg breastfeed, kerana botol sangat natural menyerupai breast ibu.
- Kebanyakkan baby akan merasa kan seperti DF dengan ibu
puting yang sangat lembut seperti kulit. 
- BPA and latex free, EA free dan exceed US safety standards.
- Mudah cuci dan mudah buka
- Bentuk yang unik dan menarik

Kekurangan:
- Tutup (cap) botol yang mudah terbuka yang akan menyebabkan susu budah tumpah

UPDATE:Admin x pernah cuba..

Berminat nak beli?Boleh dapatkan di MIMIJUMA STORE
                 
                   
5. PIGEON


botol susu pilihan ibu atau anak

Mendapat pujian kerana keistimewaan ketara botol susu Pigeon ini adalah susu tidak akan menitik walaupun ditonggengkan. Susu hanya akan keluar apabila di hisap oleh si Manja. So.. risiko baby tersedak sgt rendah.

Kelebihan:
- Putting/Teats lembut
- Pilihan saiz mengikut kesesuaian tahap umur
- Mudah dicuci dan dibuka
- Tahan panas hingga 180C
- Anti Colic
- BPA Free 
- Produk buatan Malaysia

Kekurangan:
- Rekabentuk yg agak boring :)

UPDATE:Admin recommended brand ini kalau nak guna pada baby.

Berminat nak beli?Boleh dapatkan di PIGEON STORE


Comel-comelkan botol susu ini,rasa macam nak memilikinya setiap satu jenama botol susu tu,nak buat koleksi..haha..Tapi kesimpulannya disini setiap satu jenama botol susu diatas ada pro & kontranya.Kita sebagai ibu mungkin akan tertarik pada designnya tapi belum tentu bayi kita nak atau serasi dengan mereka kan.Jadi,kenalah buat experiment,jangan terus beli satu set dulu..kang menyesal lak tak boleh guna..hihi

Oklah..ada 5 brand botol susu yang popular dikalangan ibu-ibu di malaysia,jadi bagi sesiapa yang baru nak jadi ibu,semoga entri ini bermanfaat dalam pemilihan botol susu anak anda.
Next entri pengalaman menggunakan sendiri botol susu untuk anak pulak..



Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi:

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi: Harga Anti-colic Mudah di cuci Membantu dalam penyusuan badan Selamat iaitu BPA free Mari kita tengok satu persatu dari segi Jenama

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi: Harga Anti-colic Mudah di cuci Membantu dalam penyusuan badan Selamat iaitu BPA free Mari kita tengok satu persatu dari segi Jenama

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Post a Comment

4 Comments

  1. my baby pakai botol susu biasa je guna teat fitty sebab test brand2 lain semua di reject.

    ReplyDelete
  2. done follow #1254

    saya pakai botol susu jenis 2 dan 3;)

    ReplyDelete
  3. Nak tanya , puting pigeon wide neck, boleh guna dengan botol wide neck jenama lain tak.. satu lagi, pigeon memang tak tumpah ke? Tak kira pakai puting size apa ke? Ada orang bagitau kalau puting bentuk Y je yang tak tumpah , sebab susu akan keluar bila anak hisap puting je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh,Puting pigeon wide neck boleh guna dengan botol wide neck jenama lain.So far setakat yang saya guna memang tak tumpah pun sis.Yang bentuk Y saya tak sure pulak sebab tak pernah guna...

      Delete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..