Khasiat buah-buahan tempatan



Malaysia kaya dengan buah-buahan yang bukan saja lazat malah mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk badan.Ramai gemar menikmatinya namun tidak ramai yang tahu manfaat di dalamnya.mari kita rungkai rahsia di sebalik buah-buahan ini.

RAMBUTAN
Jangan tidak tahu,buah ini mempunyai pelbagai khasiat bermula daripada kulit,daun,biji dan akar.Ini kerana buah ini mengandungi karbohidrat,protein,lemak,fosfor,besi,kalsium,dan vitamin C .kulit buah mengandungi tannin dan saponin.Biji mengandungi lemak dan polifenol.Daun mengandungi tannin dan saponin.Kulit batang mengandungi tannin,saponin,flavonida,pectic substance,dan zat besi.Antara khasiatnya ialah
·         Kulit buah-mengatasi masalah demam.Ambil 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih.Tapis dan minum.Amalkan tiga kali sehari.
·         Kulit pokok-mengatasi masalah ulser.cuci kulit kayu rambutan sebesar tiga ruas jari.kemudian rebus dangan dua gelas air besih. Gunakan untuk berkumur selagi panas.
·         Daun-menyembuhkan cirit birit dan menghitamkan rambut.Tumbuk daun sehingga halus.kemudian,tambahkan sedikit air dan gaul sehingga rata.Tapis air kemudian gunakannya untuk membasahkan rambut.lakukannya setiap hari.
·         Biji-mengatasi masalah kencing manis. Lima biji rambutan dipotong kecil dan digoreng sehingga kuning kehitaman.kemudian tumbuk biji sehingga halus dan campur dengan air panas.selepas sejuk,minum bahagian air yang kekuningan manakala hampasnya dibuang.amalkan tiga kali sehari.

DURIAN
Baunya mungkin tidak menyenangkan bagi sesetengah individu namun jangan tidak tahu,raja buah ini mengandungi pelbagai khasiat.Buah ini mengandungi phytonutrien yang tinggi sehingga mampu menurunkan kadar kolesterol serta membersihkan darah.Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat.Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan.selain itu,durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B,C dan E dan tinggi kandungan anti-oksidan.Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok.Jangan tidak tahu,buah unu juga dipercayai mampu mengurangkan proses penuaan dan membuatkan anda awet muda.

DUKU
Setiap 100 gram buah duku mengandungi 1.0 gram protein,0.2 gram lemak,13 gram karbohidrat,0.7 gram mineral, 18 mg kalsium,9 mg fosforus dan 0.9 mg zat besi. Buah ini enak dimakan segar,kulitnya dapat digunakan untuk mengusir nyamuk dengan caa dibakar. Antara khasiatnya ialah;
·         Mengandungi serat yang bermanfaat untuk melancarkan system pencernaan, mencegah kanser kolon dan membesihkan tubuh dari radikal bebas penyebab kanser.
·         Kulit buah dan bijinya juga bermanfaaat sebagai ubat anti cirit-birit dan menurunkan suhu badan ketika demam serta mengubati sakit kepala.
·         Kulit kayunya pula boleh digunakan untuk mengubati gigitan serangga berbisa.

MANGGIS
Buah ini kaya dengan xanthones iaitu sejanis antioksida yang membantu memulihkan  system immunasi badan.Kulit buah manggis pula digunakan secara meluas di india sebagai ubat cirit-birit. Kandungan xanthone di dalamnya mampu memperbaiki sel di dalam badan dan mencegah penyakit daripada merebak serta mempercepatkan penyembuhan penyakit. Selain itu,xanthone juga mampu mencegah kerosakan DNA dengan mengurangkan risiko bahan yang menyebabkan kanser.selain itu, bahan ini juga membantu system limfa dengan memusnahkan tisu yang rosak.Bukan itu sahaja, alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthone dipercayai mempunyai kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti-radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi lain.Manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium,protein,serat,vitamin B1 dan B2 yang baik untuk tubuh.



Post a Comment

0 Comments