Just nak share dengan korang..Siapa yang sikapnya pendiam..angkat tangan laju2.. Saya pun tergolong dalam kategori orang2 yang jenis pendiam tau..hehe..Banyak
kelebihannya tau..berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada
orang yang suka berbicara yang bukan-bukan. Jika tidak dapat berkata-kata yang
baik eloklah mendiamkan diri. Manusia sekarang lebih suka berkawan dengan orang
yang suka bercakap, manakala orang yang banyak diam atau pendiam dilabel
sombong.
Adakah
orang yang banyak bercakap itu, dia sebenarnya bercakap perkara yang bernas?
Atau sebab suka bergosip hal orang lain? Atau mengumpat? Atau
sebaliknya??
Dan
kenapa bila ada segolongan manusia yang pendiam, orang sekeliling suka melabel
sebagai sombong atau berlagak atau macam bagus padahal dia tak kenal pun orang
tersebut? Paling best orang cakap “tak suka campur orang”??
Manusia
mempunyai berbagai-bagai jenis perwatakan. Ada yang banyak bercakap, ada yang
ramah, ada yang mudah menyesuaikan diri, ada yang pendiam, ada yang memerlukan
masa menyesuaikan diri, ada yang malas nak ambil tahu hal orang, ada yang
berfikir “ lantaklah orang nak fikir apa pasal aku’.
Bagi
saya bercakap bila perlu adalah yang sebaik-baiknya. Bila banyak sangat
bercakap, percaya lah akan ada point untuk mengutuk orang lain. Dah kutuk,
bergosip, orang lain pun masuk join sekali nak tumpang sekaki kutuk pulak orang
lain. Dan Syaitan pun bertepuk tangan gembira dah bertambah rakan-rakannya!!
Oleh
hal yang demikian, usahlah gusar jika dilabel budak pendiam, atau tak campur
masyarakat”. Yang penting tak bertambah dosa bercakap bukan-bukan. Eloklah jadi
diri sendiri, ada pendirian daripada berubah supaya tidak dicap sombong.
“
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya
cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih
baik dari orang bodoh yang banyak bicara”.
~Sumber~
5 Comments
orang lebih suka melabelkan sesuatu berdasarkan atas pandangan pertaa mereka,, sebab itulah ada yang berkata pendiam itu sombong,, ceria itu peramah
ReplyDeletesy angkat tangan bleh....tergolong dlm kategori pendiam...hehehehe...nice entri...
ReplyDeletebetul =)
ReplyDeletekadang2 orang yang pandai itu yang sedang diperbodoh kan oleh org lain sbb dia sibuk pk kebodohan org lain
ReplyDeleteangkat tngn. sya pendiam
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..