Fesyen di benci lelaki!

Pada zaman kini, Fesyen dan teknologo bergerak pantas sehinggakan sukar di kejar. Fesyen memang jadi kegilaan gadis-gadis muda walaupun adakalanya ia langsung tak masuk akal. Mungkin cantik di mata kamu, tapi percayalah bagi seseorang lelaki ada 7 trend fesyen yang meluat dan tak sanggup si dia lihat seorang wanita gayakan.

  LEGGING

 

Legging memang selesa di pakai dan sering menjadi pilihan gadis-gadis untuk berfesyen.  Lebih trend jika ia mempunyai corak dan warnanya yang tersendiri. Hmm, tetapi, lain pula pandangan dari seorang lelaki. Mereka menggangap legging adalah sehelai seluar yang aneh. Jika kamu berniat untuk memakai legging bila keluar dengannya, lupakan sahaja. Kerana ia hanya akan menyebabkan kamu berdua ‘bergigit lidah’

      SANDAL GLADIATOR
 

Kalau sebut sahaja kasut jenis ‘Gladiator’ pasti kamu akan terbayang-bayang tali yang berlilit-lilitkan ? Ada setengah gadis mungkinlah suka dengan keunikannya. Tetapi totally NO pada lelaki! Mereka tak suka sesuatu yang merimaskan dan rumit. Jika kami pakai soalan pertama yang sia ucapkan pasti “eh, tak rimas ke you pakai kasut tu sayang ?” dengan sesinisnya!
 
    TUDUNG BERLILIT
 
Gadis bertudung memang lah manis di pandang. Sejuk sahaja hati siapa yang melihat. Tapi, kalau satu kepala berlapis-lapis tudung di pakainya jangan kata lelaki, orang di sekeliling pun lihat naik rimas dan rasa macam nak tanya je “tak panas ke pakai tudung berlapis-lapis ni ?” betul tak ? Kalau photoshoot mungkin lah sesuai, tapi kalau dah setakat nak pergi berdating lupakan sahaja lah!

   BOOTS
 
Di luar Negara, orang pakai boots di musim sejuk kerana nak megekalkan suhu panas pada badan. Tapi kalau di Malaysia, yang pakai boots tu nak panaskan apa ya ???? Hahh, itu yang akan di fikirkan oleh kaum lelaki. Malah percayalah mereka pasti akan berfikiran nakal dalam minda  tentang “pasti kaki dia berbaukan!” hehehe… tak percaya ? cuba kamunya.

      JUMPSUIT
 
Jumpsuit adalah pakaian ‘one piece’ yang bersambung daripada bahagian atas hingga ke bawah. Biasanya pakaian ini agak senang di pakai tetapi susah di tanggalkan. Jadi jangan terkejut jika si dia kata mungkin ini yang terakhir baju jumpsuit yang boleh kamu pakai kerana mula rasa rimas melihat kamu pakainya.

     SELUAR HAREM
 
Seluar ini penah menjadi trend satu masa dahulu. Ia di perkenalkan oleh MC Hammer, Uniknya seluar ini ialah kerana ia longgar dan selesa di pakai. Sekarang, si penggila fesyen mula mengenakan gaya ini semula. Ini salah satu lagi trend fesyen yang cantik di mata perempuan tetapi pelik di mata lelaki. Apa pun sebelum kamu pakai seluar ini tanyalah pendapat si dia dahulu ya.

   PAKAIAN BEWARNA NEON
 

Warna neon memang cantik terutamanya pada aksesori seperti rantai, beg dan sebagainya. Tapi, tahukah kamu lelaki paling tak faham macam mana seorang gadis boleh pakai pakaian yang bewarna neon sambil berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Jadi please, jangan di sebabkan fesyen kamu di tinggalkan oleh si kekasih hati.

Seriously benda ni tak di nafikan, memang pernah terjadi. Tak percaya tanyalah orang di sekeliling kamu!


:::SUMBER:::

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..