The Walking Dead musim keempat lebih tragik

Foto 


Sekian lama dinantikan, akhirnya musim keempat siri yang mencetus fenomena The Walking Dead yang berkisar mengenai ‘zombie’ akan mula ditayangkan Ahad ini jam 10 malam di saluran FOX Movies Premium (Astro 413) dan FOX Movies Premium HD (Astro 433).
Kali ini dengan kisah lebih tragik dengan pelbagai ‘twist’ mengenai kumpulan manusia yang terselamat diketuai Rick Grimes lakonan Andrew Lincoln, musim terbaru The Walking Dead ini turut menyaksikan kemunculan beberapa watak baru.
Di sebalik keadaan yang mula tenang selepas mereka menjumpai satu lokasi terbaik dan paling selamat daripada ‘zombie’, namun mereka terlupa nyawa mereka tidak akan ada jaminan.

Di luar pagar yang menjadi tembok pemisah bagi memastikan ‘perkampungan’ itu selamat, ratusan ‘zombie’ yang dahagakan daging mentah dan hanya menanti peluang membaham mangsa. 


Selain ancaman ‘zombie’, mereka turut berdepan dengan golongan manusia yang hilang pedoman, kewarasan dan nilai kemanusiaan yang turut menjadi ancaman buat Rick dan kumpulannya.

Selain itu, dengan kelahiran bayi perempuannya yang bernama Judith, tanggungjawab Rick semakin besar termasuk kewajipannya sebagai ketua di situ.

Bukan itu saja yang mengisi plot musim baru sebanyak 16 episod berkenaan, tetapi kali ini penonton bakal melihat sisi indah baik persahabatan, kekeluargaan dan percintaan mulai dipupuk dalam koloni itu.

Musim lalu, Rick tekad membawa masuk kelompok yang baru dikenalinya ke lokasi selamat itu dengan harapan dapat menguatkan lagi pasukan itu serta menambah tenaga kerja. Dalam masa yang sama dia juga mula cuba menerapkan nilai-nilai murni terutama buat panduan kepada anak lelakinya Carl (Chandler Riggs).

Selain itu, dia berusaha memastikan atmosfera lokasi berkenaan terasa lebih aman dan seperti hidup normal sebelum ini dengan mula bercucuk tanam serta menternak haiwan.

Apapun, biar kebal mana pertahanan tempat tinggal mereka itu dan betapa pasti yang terselamat, takdir tetap kejam apabila hari demi hari mereka kehilangan anggota.

Itu tidak termasuk ketegangan serta percanggahan pendapat yang sering menjadi penyebab kepada perpecahan mereka. Tanpa penyelesaian serta rasa hormat, sukar untuk mendapat kesepakatan itu.


Kisah cinta jadi sandaran

Di sebalik perjuangan mempertahankan nyawa dan perlu terus kejam membunuh ‘zombie’ untuk hidup, musim ini juga menyaksikan babak cinta antara Glenn Rhee (Steven Yeun) dan Maggie Greene (Lauren Cohen) semakin utuh.

Musim lalu, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk bertunang dan hubungan itu berterusan sehinggakan mereka mula berharap mahu membina sebuah kehidupan sebenar yang lebih normal.

Lauren menyifatkan untuk sampai ke tahap itu, mereka masih lagi bertahan dan mampu melakukannya. Namun, potensi nyawa terancam tetap menguasai diri.

“Mungkin sebelum ini kami sudah lalui pelbagai jenis bahaya dan mula boleh mengendalikannya selepas berjaya melakukannya sebelum ini. Apapun, pada musim ini banyak lagi jenis ancaman baru tidak disangka boleh berlaku. aktres jelita kelahiran United Kingdom itu

“Namun, bahagian paling saya suka melakonkan watak Maggie adalah apabila dia sentiasa memastikan harapan itu ada dan membuktikan bukan semuanya akan berakhir tragedi.

“Dinamik kekeluargaan yang sudah ditunjukkan pada musim sebelumnya juga diteruskan lagi musim dan sudah ada lokasi selamat serta komuniti sepakat, memang patutlah kena tambah juga elemen cinta,” kata aktres jelita kelahiran United Kingdom itu.

Memulakan siaran pada Ahad ini jam 10 malam, namun selepas ini episod seterusnya akan boleh diikuti pada hari sama, jam 11 malam.




Foto 


Foto 




:::SUMBER:::

Post a Comment

2 Comments

  1. arghh ... zombie. yana tak follow cerita nie. tapi kalau dh tertengok ... mmg tgk smpai habis lh ^^

    ReplyDelete
  2. mcm best je citer ni. nk tgk mne pulak ?

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..