Persediaan Solid Food untuk siKesayangan Mama

Pejam celik pejam celik Lagi sebulan lebih adik dah nak masuk 6 bulan,Cepatnya adik membesar..kejap jer rasanya dukung dia,tak puas rasa.dah membesar dah buas dah..siap boleh tendang-tendang lagi mamanya..
Keperluan dan persediaan solid food belum lagi ada..ingat nak prepare awal-awal kan senang..hehe..

Just nak share benda yang bakal dibeli.(Yang nie terpengaruh dengan iklan mommy-mommy lah nie kat Facebook.
1.Food Feeder.
Ada macam-macam jenama rupanya.Harganya pula ikut jenama.Dan lepas disurvey jenama Autumnz yang paling murah iaitu Rm19.90..tu pun belum cas postage.Nie survey online jer...
Apa fungsi food feeder ni?
Fungsinya adalah sebagai gadjet (alat) membantu bayi yang berumur 6M+ untuk mengunyah makanan yang lembut seperti buah betik,pisang, epal, pear yang telah di stimkan.
Cara penggunaan:
Potong buah menjadi kecil-kecilan.Masukkan ke dalam feeder tu.Pastu tutup kemudian bagi pada bayi untuk mengisapnya.
Food feeder ni amat sesuai untuk bayi yang belum tumbuh gigi untuk menikmati makanan  tanpa di khuatiri daripada tercekik atau tertelan makanan tersebut.

Kalau nak tengok brand lain boleh layari laman web ini http://www.littlewhiz.com.


2.Munchkin Spoon. 
 Terpengaruh ngan mummy2 lain yang buat review pasal mende ni.. Bertujuan untuk mengelakkan tumpah2 masa bagi baby makan nanti.. Senang bagi makan if pakai mende ni.. letak je puri atau bubur halus dalam ni, time nak bagi makan, picit bahagian bawahnya, die kuar sikit2..Tapi harganya agak mahal jugak..RM70++
Ada yang murah dalam belas2 ringit je tapi bentuk macam kat bawah nie..
Demand kan nak juga yang munckin..huhuhu.

Lain-Lain Keperluan:GAMBAR CURI DARI EN.GOOGLE
1) Philips Avent combined steam & blender.
 
2) Baby Cube.
 
3)Set PinganMakan.
 
4)Bib Plastik.
 
5)High Chair.
 
6) Warmer.
 
7)Tupperware
 
8)Thermal bag
 
Agak banyak jugak kan..nak kena prepare dari sekarang nampaknya nie..sebulan lebih tu bukannya lama mana pun..Saja bagi masuk jadual kat bawah..nanti tak payah nak cari lagi..huhuhu













Post a comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum awak. wahh bestnya dah boleh mula menelaah solid food untuk baby. tak sabarnya sheila. lagi 3 bulan je... hihiii ~~~

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..