Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 1-4 )



Day 1-4 = Puri Avocado.
Penyediaan Puri Avocado
1.Belah avokado kepada dua bahagian, keluarkan biji.
2.Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu.
3.Tambah sedikit air masak dan lecek sehingga lumat.
Tips Penyimpanan Puri Avokado
  • Untuk menjimatkan masa penyediaan puri di masa hadapan, anda boleh menyediakannya dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
  • Puri avokado tahan lama sekurang-kurangnya dua minggu. Simpan puri di dalam bekas kiub ais dan tutup dengan kertas aluminium sebelum disimpan di dalam peti.

info:
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Post a comment

0 Comments