Hari Rabu Yang Meletihkan

Hari Rabu Yang Meletihkan | Kenapa pula??hehe sebab sepanjang hari berada kat luar.Memula tu pergi ke klinik gigi,sebabnya nak cabut gigi geraham...waaa..memang tak dapat diselamatkan lagi sebab bahagian tepi gigi pecah.Sampai klinik gigi tu dah nak jam 10 a.m dah..risau gak tak sempat nak cabut sebab kalau tengah hari n petang diorang x kan cabut.tunggu punya tunggu settle juga dalam dekat 12 p.m..lepas tu gerak ke pejabat pesuruh jaya sumpah..settle..terus gerak ke JPN senawang sebab nak urus penukaran nama kad pengenalan.sampai kat sana dah jam 12 lebih..bukan tak ada JPN seremban kan,tapi kononnya tak nak beratur panjang lah..padahal lagi dekat dengan rumah sebenarnya...haha.sampai sana tunjuk borang apa semua orang kat kuanter cakap ada salah isi..adeh..lagi 1  surat beranak yang ori kena ada.Hadoi..hampeh..orang tu kata kalau surat tak ada boleh buat cabutan surat beranak dekat JPN Seremban,dalam 1 jam boleh dapat..dah dalam fikiran nak kena pergi minta cop lagi sekali lagi kat pejabat sumpah..nasib orang tu cakap kat JPN pun ada..fikiran dah serabut dah hihi dengan gigi baru kena cabut..terasa kebas lagi..wahaha...sabar je lah..dugaan..semuanya sebab nak settle kan dalam sehari tu juga.Dan..terpaksa lah berpatah ke seremban pulak...sebelum tu singgah makan dulu kat kedai mamak..mamak pun jadi lah..ingat nak cari restoran melayu..tapi tak jumpa pula..siap makan terus isi borang yang baru pula ..ngam tengah rehat..Jam 2pm tu bertolak ke JPS seremban pulak..

Sampai JPN Seremban..naik tingkat 1..ada 2 bahagian..naik tangga je sebab tengok beratur orang nak naik lif..huu..kat sebelah kiri untuk urusan kad pengenalan dan kat sebelah kanan untuk surat beranak...memula tu pergi kat bahagian surat beranak sebab nak buat cabutan surat beranak.. bagi borang cabutan surat beranak dengan salinan kad pengenalan..bayaran RM5.tak sampai 15minit dah siap..sebab tak ramai orang..hihi..dekat situ juga ada kaunter untuk buat akuan sumpah n cop sekali..yang nie pula untuk buat penukaran nama dalam kat pengenalan..pun settle kejap juga..

Lepas tu ke bahagian kad pengenalan pula,,amik nombor tunggu kena panggil..ingatkan urusan penukaran nama nie macam tukar ic jer amik  masa dalam 2 jam atau 14hari..rupa-rupanya makan masa dalam 4 hingga 6 bulan....amik ko....

semua settle kat JPN Seremban dalam masa sejam sahaja...

Balik rumah..rehat kejap..mandi dan zzzz....penat sesangat..yang kesian adik lah sebab kena usung ke sana kemari sepanjang hari..nasib papanya ada..adik dari dalam kete masa nak balik tu dah zzzz dah..
Masa kat klinik dengan JPN tu..suara adik palik kuat menjerit..kah3....sabar je lah jadi perhatian sekejap...

Petang tu ingat nak pergi pasar malam..tapi hari rabu tak tahu kat mana ada..kalau selasa,jumaat n sabtu tu tahu lah kemana..pusing punya pusing tak juga jumpa..sampailah kat KIP MART Senawang...

Alang-alang dah kat senawang..pasar malam pun tak jumpa..pergi lah makan malan kat D'TWO SUP UTARA...dan singgah lepak sekejap kat dataran senawang..

Fuhhhh..betul-betul hari rabu yang memenatkan..
 
P/S:!st time tulis entry panjang berjea dan tak ada gambar...wink%$#



Post a Comment

0 Comments