Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah..hari keenam umat islam berpuasa dan hari keenam jugalah aku berpantang.Tak sangka baby nak keluar awal,hari pertama puasa pulak tu..dia kasi mama dia cukup sebulan ganti puasa yer..hehe..

Proses bersalin kali ini bagi saya sangat mudah..dan dipermudahkan Olehnya.Kronologinya...Pagi khamis 18/6 tu rasa lendir keluar banyak sekali dalam 8.30 pagi macam tu..buat tak tahu lagi sebabnya memang tak jangka akan bersalin awal dan kalau ikutkan tarik bersalin memang lambat lagi.Tak lama lepas dalam 9 am tu rasa air keluar.sikit..sikit..lepas tu macam banyak pulak.Suami dah pergi kerja dah.Wasap suami bagitau air ketuban pecah..9.30 macam tu suami balik..n saya siapkan barang yang patut juga siapkan anak yang sulung..kitaorang gerak ke hospital.Dalam jam 10.am sampai masuk wad terus...10.15 masuk air..12.18 selamat bersalin.....

Pengalaman bersalin 2 orang cahaya mata:
Anak 1st:
Air ketuban pecah 6.30 am
Masuk wad 9.30am
Masuk Air 10.30am
Bersalin 2.00 am  hari yang sama
Bersalin normal
Ada luka episotomi

Anak 2nd:

Air ketuban pecah 9.00am
Masuk Wad 10.00 am
Masuk Air 10.15am
Bersalin 12.18pm hari yang sama.
Bersalin normal
Tak ada jahit tak ada koyak.


Jadi berpantang anak kedua ini senang sedikit lah jawabnya.syukur alhamdulillah..lagipun aku berpantang sendiri je.



Post a comment

4 Comments

  1. alhamdulillah.selamat berpantang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillahhh!! congratulationn!!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilllah, rezeki pada bulan ramadhan :)

    jom singgah sini juga. hadiah cash money menanti anda ! Tak percaya? http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selamat berpantng dan selamat mengganti puasa...hihih

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..