Peminat runningman





Amboiii adek..kemain ko gelak tengok running man kan....
Petang tadi adek ada appointment checkup 6 bulan..seperti biasa tiap-tiap bulan akan ambil sesi petang sebab papanya kerja pagi.Harap maklum saja lah kalau datang pagi mesti akan balik tengah hari dan kalau datang tengah hari mesti akan balik petang..hehe..benda yang sama yang fiqa hadap dari tahun lepas.Sabar saja lah..sebabnya dekat kk nie ramai sangat orang datang.Tak kira pagi ataupun petang.Agak lama juga menunggu tadi walaupun setiap kali datang dapat nombor giliran awal.

Perkembangan adek enam bulan nie so far ok lah cuma dia x lagi baik dari ruam susu@ruam panas@ekzema kat pipi..dengan batuk kahak lagi.Berat badan adek sekarang 8.7 kg dah pandai duduk sendiri dah,tapi masalahnya meniarap tak lagi,adek oh adek..Selesai je timbang checkup dan cucuk adek,kitaorang pergilah ke mydin seremban 2.


Owh ya mydin ada buat sale hujung tahun tau pakaian kanak-kanak dari harga Rm25.90 jatuh Rm11.90 dari harga Rm11.90 ke Rm5.90.Tu pun pi mydin semata-mata cari tudung..hehe..sempatlah rembat stokin untuk adek dan seluar jeans untuk adek dan abang.
 

 Belanja sekeping gambar mommy dan adek..hehe





Jemput baca sini juga:
http://www.mommyfiqa.com/2015/10/abam-vs-adek.html


Post a comment

3 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..