Pembukaan Cawangan Mydin Senawang.



Pengendali rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), mengembangkan rangkaian pasaran raya di negara ini dengan membuka cawangan terbaru di Senawang.Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata sebanyak RM116 juta dilaburkan untuk pembukaan pasar raya ke-21 yang berkeluasan 155,067 meter persegi itu. Katanya, pembukaan pasar raya itu amat dinantikan penduduk setempat kerana terletak di lokasi strategik, iaitu berhampiran kawasan perumahan dan lebuh rayaPembukaan pasar raya itu mewujudkan sebanyak 500 peluang pekerjaan baharu di bahagian pasar raya dan pelbagai jawatan lain, sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran. Pasaraya Mydin Senawang menyediakan medan selera, 518 lot tempat letak kereta, 40 lot kedai dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
=======================================================================

Nak pergi tapi bila ramai cakap jalan jem,nak cari parking susah, nak bayar menunggu sampai dekat setengah jam,boleh bayangkan tak betapa sesaknya dalam tu??Memang tak lah nak bersesak-sesak kan..tak lalu mak..huhu..Mau taknya promosi kaw2 punya..Kalau dulu pergi senawang sebab nak ke Giant Senawang,nanti sebab utama nak ke senawang semata-mata nak ke mydin ke pulak...?Tapi rasanya lagi dekat Mydin S2 dengan area rumah..tak hadap jemm jalan tuuu..

Jom tengok promosi dekat MYDIN SENAWANG tu yang menyebabkan ramai giler yang pergi..Lepas tu post dalam facebook pengalaman masing-masing..gelak sorang je bila baca...








 Habis promosi baru korang sikit kot orang..masa tu baru boleh pergi lah..hahaha..



Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..