Perkembangan Bayi 0-12 Bulan


Perkembangan Bayi 0-12 Bulan



Mengikuti dan memantau perkembangan bayi merupakan hal penting yang harus dilakukan oleh seorang ibu mulai dari usia sehari  hingga usia 12 bulan yang pertama. Memantau perkembangan bayi adalah kegiatan yang sangat menyeronokkan bagi sebahagian ibu bapa pada umumnya.

BARU LAHIR
Makan:
-Susu setiap 2 hingga 3 jam.
Corak tidur:
-Tidur sepanjang hari
-Bangun setiap 2 hingga 3 jam
Masa bermain:
-Bermain dengan cermin,bunyi dan warna.
Deria kebolehan: 
-Komunikasi melalui sedu,merengek,menangis dan bersin.
-Jarak penglihatan terbaik diantara 8 hingga 12 inci.

1 BULAN
Makan:
-Susu badan/botol setiap2 hingga 3 jam
Corak tidur:
-15 hingga 16 jam sehari
Masa bermain:
-Main cak-cak dimuka bkan dengan mainan.
Deria kebolehan: 
-Pendengaran berfungsi sepenuhnya.
-Bertindak balas dengan bunyibiasa didengari
-Mengengam tangan dengan ketat.

2 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 2 hingga 3 jam.
Corak tidur:
-Tidur kurang di siang hari,lebih pada waktu malam
Masa bermain:
-Mula belajar bersosial  dengan gerakan tangan.
-Tindak balas dengan gerakan tangan.
Tindak balas dengan membuat bunyi dan suara.
Deria kebolehan:
-Mata mula fokus pada objek yang bergerak.
-Belajar menghisap jari-jari tangan.
-Mula mengangkat kepala.


3 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 hingga 4 jam
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.
-5 hingga 6 jam pada waktu malam.
Masa bermain:
-Diatas lantai atau dikatil bayi.
-Suka menendang kaki ke atas dan mengayun tangan.
Deria kebolehan: 
-Mimik bunyi,ungkapan dan pergerakan.
-Boleh focus pada mata.
-Mengenali muka biasa dilihat.


4 BULAN:
Makan:
-Susu badan atau botol setiap 3 hingga 5 jam.
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.
-Tidur 2 atau 3 kali sehari.
Masa bermain:
-Suka capai permainan.
-Main chak-chak dengan muka yang kelakar.
Deria kebolehan: 
-Mula tmbuh gigi.
-berpusing badan dari baring ke meniarap.
-Boleh mengangkat dada dengan tangan.
 
5 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 jam hingga 5 jam.
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.(5 hingga  6 jam pada wakt malam.
-Tidur 2 atau 3 kali sehari. 
Masa bermain:
-Main tepuk tangan.
-Main chak-chak masih menghiburkan.
Deria kebolehan: 
-Belajar bagaimana untuk mencapai dengan kedua tangan dan memegang sesuatu dengan semua jari.

6 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 hingga 6 jam.
-Boleh memperkenalkan satu makanan pepejal.
Corak tidur:
-tidur 15 jam sehari.
-2 hingga 3 kali sehari.
-Tidur waktu malam semakin panjang.
Masa bermain:
-Tindakbalas yang baik terhadap alat permainan seperti bola lembut,alat muzik dan anak patung.
Deria kebolehan: 
-Berguling pada dua arah depan dan belakang.
-Belajar bagaimana untuk duduk.

7 BULAN:
Makan:
-Susu badan setiap 3 hingga 4 jam atau
-Susu botol setiap 4 hingga 6 jam.
-Makan 2 sudu besar atau 2 pepejal setiap hari.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari.
-Tidur waktu malam ambil masa 6 hingga 11 jam
Masa bermain:
-Buku bergambar dan majalah berwarna adalah kegemaran mereka.
Deria kebolehan: 
-Boleh melihat semua warna.
-kaki sudah boleh tanggung berat badan sendiri dengan bantuan orang dewasa.
-mempunyai bahasa sendiri dan meniru bunyi.

8 BULAN:
Makan:
-Memerlukan  750-900 kalori sehari (400-500 dari susu badan atau formula)
-Suka makanan lembut atau kuih dengan tekstur  yang berbeza.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari.
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Apa-apa sahaja permainan atau objek yang selamat akan di main.
Deria kebolehan: 
-Belajar untuk duduk dengan sendiri.
-Mula membongkok
-Suda atau baru tahu untuk merangkak.

9 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 24-32 oz sehari.
-Makan makanan pepejal 3 hingga 5 kali sehari.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Suka memanjat dan mengimbangi badan,merangkak dengan pantas dipersekitaran si kecil untuk -Menguji kebolehan diri bergerak.
Deria kebolehan: 
-Sudah belajar bentuk-bentuk objek.

10 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 4  hingga 5 kali sehari.
-3 kali makanan pepejal dan 2 kali makanan ringan sehari.
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Bermain tepk tangan sambil bernyanyi
Deria kebolehan: 
-Memahami arahan yang ringkas
-Mengingati kegemaran alat mainan.

11 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 3  hingga 5 kali sehari.
-3 kali makanan pepejal dan 1 hingga 3 kali makanan ringan sehari.
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Main chak-chak.
Deria kebolehan: 
-Tahu bagaimana untk berdiri sambil berpaut. 
-Mengenali objek 

12 BULAN:
Makan:
-3 kali makanan pepejal dan 1 hingga 3 kali makanan ringan
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Ia adalah masa ntuk bercerita kiasah.
Deria kebolehan: 
-Mula belajar suap makanan sendiri.
-Sudah berdiri tanpa sokongan beberapa seketika.
-Berjalan 2 hingga 3 langkah tanpa sokongan.
-Boleh bercakap beberapa perkataan seperti mama dan papa.
-Memahami arahan yang ringkas.





Carta perkembangan diatas boleh fiqa simpulkan bergantung kepada prestasi bayi itu sendiri terutamanya corak tidur.Macam anak-anak fiqa sendiri waktu tidur mereka tidak menentu.Selebihnya berjaga di waktu malam..haha..


Post a comment

1 Comments

  1. Hihi. Ank mek naseb baik jenis tido mlm tp siang mmg tido 2 3 kali je lerr. Nice info fiqa :)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..