Pelancaran vivo V7 + di Senheng / senQ

Assalamualaikum...Vivo telah pun melancarkan telefon pintar terbarunya iaitu V7 di Malaysia.Bagi peminat setia telefon pintar jenama vivo pastinya lebih teruja untuk memiliki vivo v7 ini.


Ok biar fiqa jelaskan kenapa dan apakah ciri-ciri  vivo v7 ini  yang menjadi pilihan hati ramai sekarang ini.Ciri utama yang paling menarik perhatian ialah Kamera yang ada pada telefon pintar ini.Seperti semua tahu kegemaran merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai selfie memang tidak asing lagi di kalangan pengguna di  seluruh dunia, seiring perkembangan media sosial serta telefon pintar.Selain itu, wefie atau cara merakam gambar yang sama seperti selfie, tetapi disertai dua orang atau lebih turut digemari ramai.Kebiasaannya, gambar dirakam menerusi telefon pintar, tablet atau kamera masing-masing dan dimuat naik dalam laman sosial pengguna seperti Facebook serta Instagram.

Kamera depan


V7+ meneruskan tradisi Vivo merevolusi teknologi kamera telefon, menawarkan cara baru untuk mencapai selfie yang sempurna. Kamera 24MP berkuasa, digabungkan dengan algoritma Face Beauty 7.0 eksklusif Vivo, menawarkan gambar yang jelas dan anda akan kelihatan semula jadi dan cantik walaupun dalam persekitaran yang terang benderang. Mod Potret membolehkan anda mengambil gambar selfie dengan latar belakang kabur .Dah tak payah DSRL Camera lagi...




Kamera belakang



Kamera belakang 16MP berkualiti tinggi, ditambah dengan teknologi PDAF dan algoritma yang dioptimumkan, bermakna anda boleh menangkap gambar yang lebih jelas, terang dan lebih terperinci.

  • Foto HD Ultra 64MP-Fungsi kamera Ultra 64MP belakang kamera menggabungkan empat bingkai menjadi satu, mencipta imej yang terperinci.

Antara ciri lain yang menarik mengenai telefon pintar ini ialah:


  • Skrin besar  dan memuaskan-Vivo V7  menawarkan Paparan FullViewTM 5.99 inci dan paparan visual 12.5%. Pengguna juga dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan dengan 84.4% nisbah skrin dan saiz badan senipis 2.15mm. Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang boleh menjamin pengalaman gaming tanpa gangguan.



  • Prestasi Sistem Operasi-CPU Qualcomm octa-core V7 + dan RAM 4GB memastikan prestasi yang lancar dan berkuasa. ROM 64GB (diperkembangkan hingga 256GB) bermakna anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk semua foto, muzik dan video kegemaran anda.Selain itu, Funtouch OS 3.2, yang didasarkan pada Android 7.1, menawarkan pengalaman pengguna yang lebih menarik.



  • Muzik Hi-Fi-Hidup tanpa muzik tak best lah kan.. Inilah sebabnya mengapa cip audio HiFi yang dinaik taraf di vivo V7 + sepenuhnya menggunakan teknologi audio mudah alih ke tahap yang baru. Nikmati irama yang kaya dan kompleks tanpa ada sebarang gangguan.




Ok..dah baca ciri-ciri vivo v7 ini tapi tidak tahu mana nak beli?Fiqa syorkan korang dapatkan telefon pintar ini di Senheng/SenQ.


Korang boleh beli Vivo V7+ di Senheng/SenQ bermula 26 September 2017 hingga 15 Oktober 2017. Sepanjang promosi ini korang akan dapat percuma "Backpack" dan voucer Watson.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu Black dan Gold dan harga Vivo V7+ adalah RM1499.




Fiqa sarankan korang beli vivo V7 ini di Senheng/SenQ kerana 

 
  1.Terdapat dua pilihan cara pembelian iaitu sama ada full payment ataupun 24 installment.

~24 bulan Installment : Maybank, Maybank AMEX, Public Bank dan HSBC (akan datang Citibank)

Untuk Installment, hanya  RM64.46 sebulan x 24 bulan.

2.Penghantaran ke pintu rumah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

3.Tambahan 1 tahun warranty khas untuk ahli PlusOne.

* Hanya perlu bayar RM12 untuk menjadi ahli dan dapat tambahan 1 tahun warranty. Kepada ahli yang telah mendaftar, hanya perlu log-in ke akaun senheng.com.my and senq.com.my, buat pembelian dan automatik dapat 1 tahun warranty.

4.Trade In Rebate

Khas untuk pelanggan yang pernah membuat pembelian telefon pintar di outlet Senheng. Mereka boleh tukar telefon lama dan dapatkan rebate untuk beli Vivo V7+. 



Untuk beli boleh klik link ini :http://www.senheng.com.my/v7plus

Untuk info lebih lanjut korang boleh check link ini : http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate .









Post a Comment

0 Comments