Tempat dan Hotels in Perlis yang menarik

Apabila sebut saja tentang negeri Perlis, semua orang tahu ianya merupakan negeri yang terkecil dan nun jauh di utara Malaysia.Tetapi walaupun saiz negerinya kecil tak sangka rupanya terdapat banyak lokasi pelancongan yang boleh anda lawati apabila anda berada di negeri Perlis ini.

Sedang merancang lawatan anda ke Negeri Perlis?.Nah di sini fiqa senaraikan tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati bila bercuti di Perlis nanti.Tidaklah jadi macam fiqa,dah sampai Perlis blur dan baru nak search mana tempat yang menarik.

Gua Kelam

Image credit:globalone-assist.com

Terletak kira-kira 36 kilometer (km) di utara Kangar, Gua Kelam antara gua batu kapur tertua di Malaysia.Juga dikenali sebagai ‘Cave of Darkness’, gua ini dulunya terkenal dengan lombong bijih besi selain menjadi laluan penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit.Gua Kelam merangkumi dua gua iaitu Gua Kelam 1 serta Gua Kelam 2 dan terdapat terowong semula jadi sepanjang 370 meter.Sungai yang mengalir dari dalam gua sehingga ke luar serta struktur batu gua yang unik antara tarikan unik Gua Kelam ini.Menariknya, di dalam gua ini tersembunyi sebuah taman indah yang dipanggil ‘Secret Garden’.Taman ini bagaikan habuan tambahan selepas melihat pelbagai bentuk batu kapur yang unik saat meneroka Gua Kelam ini.

Hutan Lipur Bukit Ayer

Image credit:homestay-perlis.com

Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. 

Kredit pic:wikipidea

Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.

Muzium Kota Kayang 

Image credit:homestay-perlis.com

Terdapat enam galeri di muzium ini iaitu Galeri Sejarah yang menceritakan sejarah negeri Perlis, Galeri Arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang, penemuan arkeologi pada zaman protosejarah dan prasejarah di Perlis, Galeri Senjata yang mempamerkan kepelbagaian koleksi senjata, Galeri Kebudayaan memaparkan aspek berkaitan kebudayaan di sekitar negeri Perlis, pelbagai koleksi yang pernah diterima oleh para Menteri Besar Perlis dipamerkan di Galeri Menteri Besar serta Galeri Diraja yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.


Kuala Perlis 

Image credit:hazila.blogspot.com

Sebuah pekan kecil yang merupakan salah satu pintu masuk ke Pulau Langkawi. Terokai dan rasai pengalaman di kampung nelayan kecil ini dan disini juga terdapat pelbagai makanan laut yang mengagumkan.

Padang Besar 


image via citiestips.com


Terletak di sempadan Malaysia-Thailand, padang besar salah satu destinasi popular di Perlis.Banyak kedai menjual pelbagai barangan dengan harga murah seperti pakaian, peralatan dapur, permainan serta banyak lagi boleh didapati disini.

Taman Negeri Perlis 

image via bigtreetours.com

Taman Negeri Perlis terletak 2 km dari pekan Wang Kelian melalui Jalan Wang Kelian-Thailand dan 48 km dari bandar Kangar. Untuk mereka yang nak aktiviti lasak boleh jungle trekking juga bercamping disini.Sambil berjalan menyusur hutan boleh singgah di Gua Wang Burma menyaksikan sendiri tarikan alam flora dan fauna yang mengasyikkan.Disini juga terdapat air terjun iaitu Air Terjun Latah Kasih

Taman Ular

image via gowhere.my


Taman Ular dan Reptilia ini adalah lokasi wajib yang perlu dikunjungi di Perlis. Ini kerana taman ini menempatkan pelbagai spesies ular, reptilia dan haiwan lain.Selain itu, ular tedung selar, ular katam tebu, landak, buaya dan lain-lain juga boleh dilihat dengan lebih dekat di sini.Taman ini juga sangat sesuai untuk kunjungan seisi keluarga kerana memberikan banyak maklumat menarik mengenai hidupan yang dipamerkan di sini. 

Taman Herba

image via homestay-perlis.com

Pelbagai herba, rempah dan tumbuh-tumbuhan tradisional yang berjumlah lebih daripada 1000 spesies ditanam di sini. Pelawat dapat melihatnya, belajar tentang aplikasi perubatan mereka dan lihat bagaimana tumbuhan ditanam di taman ini.

Tasik Melati 

image via httpwww.malaysiasite.nl

Taman Rekreasi Tasik Melati ini ialah lokasi popular dikalangan penduduk disini. Ia telah menjadi destinasi pilihan untuk beriadah,rekreasi dan bercuti bersama keluarga.Tasik ini yang pada asalnya dibangunkan sebagai sumber air untuk pertanian kini dimajukan menjadi lokasi pelancongan.kini,Taman Rekreasi Tasik Melati cukup menarik dengan dihiasi lanskap seperti laluan pejalan kaki,pondok untuk berehat,trek jogging,taman permainan serta kemudahan awam yang lain.

Dah alang-alang dekat perlis tu jangan lupa untuk mencuba makanan yang sedap dan unik.Rugi tau datang jauh-jauh tapi tak menikmati juadah makanan disini.Tidak sah kalau tak mencuba pulut harum manis kan.Tidak perlu diperkenalkan lagi.Namun terdapat makanan lain yang wajib anda cuba di Perlis antaranya.



Medan Ikan Bakar 


Apabila berada di Kuala Perlis jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ini memang macam-macam gerai ikan bakar yang ada. Macam-macam jenis makanan laut yang boleh anda nikmati di sini.


Jeruk Maman 

image via dapur-digital.blogspot.my

Pokok Maman atau nama saintifknya Cleome Gynandra merupakan tumbuhan renek yang boleh dijumpai hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang. Kebiasaannya pucuk atau daun muda dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar dan makanan yang lain. Bahan asas penyediaan sajian tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman, nasi putih, garam dan air secukupnya.

Pekasam 


Biasanya dibuat dari ikan seperti Puyu, Jawa Carp, Perch, dan Tilapia dan juga udang. Ia dibuat daripada menanam makanan laut dengan garam, serbuk beras goreng, asam jawa dan gula aren dan biasanya dimakan rakan dengan nasi.

Sira Belinggai 


Makanan tradisi yang dinamakan Sira Belinggai. Buah belinggai yang telah masak diolah dijadikan sira, khusus untuk dimakan bersama emping. Rasanya sungguh enak dan menyelerakan.

Nasi Ulam 
Kredit foto:perlisnews.wordpress.com

Makanan tradisional Perlis di mana nasi bercampur dengan beberapa jenis daun yang termasuk noni, putat, sekentut, selom dan mentalum. Lada dan ikan kering kemudian dihancurkan dan ditambah bersama untuk meningkatkan rasa.

Laksa Kuala Perlis 

image via integratedinfo.com.my

Makanan sedap ini mesti ada di Perlis. Lobster, yang diperbuat daripada tepung beras kemudiannya diisi dengan kuah yang dibuat dari ikan rebus dan rempah-rempah lain.


Bagi yang merancang untuk menginap dihotel,anda boleh pertimbangan 4 hotel dbawah ini.


Hotel Sri Malaysia Kangar


Hotel Seri Malaysia Kangar adalah pilihan yang baik apabila anda melawat Kangar. Terletak betul-betul di pusat bandar,hotel ini sangat mudah dicari kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. 


Pelawat yang datang ke hotel boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti: Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam, Remidis Clinic, The Store at Pusat Bandar Kangar.



Putra Brasmana Hotel 


Putra Brasmana Hotel terletak di lokasi strategik di Kuala Perlis; salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut.Persekitaran yang terjaga dan kedudukan berhampiran dengan Muzium Kota Kayang, Masjid Al Hussein, Kompleks Makanan Laut Komalaut, dan Terminal Feri Kuala Perlis memberi hotel ini daya tarikan istimewa.


Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta.Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.

Putra Putri Lodge 




Dibina pada bulan Disember, Putra Putri Lodge dibina untuk memperbaiki landskap Repoh dengan menaikkan bangunan berusia 35 tahun yang menyeluruh dan memberikan pengunjung pilihan alternatif bagi penginapan yang berpatutan dan selesa. Nama "Putra Putri" diperolehi oleh para pendatang yang terletak di Taman Putra Putri, sebidang tanah yang dimiliki oleh Raja Perlis.



Putra Regency Hotel 


Putra Regency Hotel terletak di kawasan / bandar Kangar.Terdapat banyak tarikan pelancong yang berhampiran, seperti Stadium Utama dalam jarak 0.86 km, dan Perlis State Park dalam lingkungan 19.42 km.


Putra Regency Hotel adalah sebuah hotel 3-bintang dengan kolam renang luaran sendiri dan sebuah rumah kopi. Menawarkan bilik dengan Wi-Fi percuma, ia terletak di tengah-tengah Kangar dan menyediakan tempat letak kenderaan peribadi percuma. Tasik Melati berjarak 10 minit pemanduan sementara ia mengambil masa 15 minit dengan kereta untuk sampai ke syurga makanan Kuala Perlis. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terletak kira-kira 40 minit pemanduan dari hotel. Bilik-bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas adalah standard di semua bilik berhawa dingin, yang termasuk TV satelit, bar mini dan pembuat teh / kopi. Setiap bilik mempunyai seterika, kemudahan menyeterika dan pengering rambut. Penerimaan tetamu 24-jam disediakan untuk tetamu. Kemudahan lain adalah pertukaran mata wang dan perkhidmatan dobi. Masakan tempatan dan Barat disajikan di Coffee House.


Rancang perjalanan anda.

Semestinya jika anda merancang untuk bercuti di Perlis nun diutara,mesti leceh kan nak drive sendiri.Penat drive satu hal itu belum lagi dengan keadaan jalan yang sesak.Takpe selain drive sendiri ada tiga alternative lain untuk anda sampai ke destinasi tanpa perlu penat drive!

i.Dengan Flight-Harga tiket dah murah boleh je nak naik flight.Apa salahnya naik flight walaupun destinasi dalam Negara je kan.Tapi malangnya tiada perkhidmatan penerbangan terus ke perlis.Anda perlu  ambil flight ke Alor Setar (lapangan Terbang Sultan Abdul halim),kemudian naik bas atau teksi ke Kangar yang akan mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada lalu lintas.

ii.Dengan kereta Api-Masa fiqa ke perlis fiqa guna perkhidmatan kereta api.1st time naik kereta api.Yang bestnya boleh jalan-jalan dalam tu kalau bosan.hehe..Dari Kuala Lumpur dan butterworth,anda boleh ke Perlis melalui KTM Senandung langkawi yang akan berhenti sama ada di Arau atau di Padang Besar Thai-Malaysia.

iii.Dengan Bas-Panduan bagi anda yang nak ke perlis dengan bas.Perkhidmatan bas yang disediakan terus dari KL ke Kangar adalah Express National dan Express PPMP.manakala dari Butterworth,hanya Ebban Express yang beroperasi setiap hari ke Perlis.

Sebelum memulakan perjalanan anda ke sana, jangan lupa lawati Traveloka.com untuk mendapatkan tawaran penginapan yang menarik untuk memudahkan anda membuat perancangan. Jika anda mencari destinasi percutian, anda boleh merujuk di UNSEEN MALAYSIA .Dekat sini lengkap infomasi destinasi setiap negeri yang bakal anda lawati.


https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia


Diharapkan senarai tempat dan Hotels in Perlis yang menarik ini dapat membantu anda merancang percutian ke Perlis nanti.

Post a Comment

1 Comments

  1. Rakyat Perlis je yang tak tau nak buat apa dalam negeri sendiri. Hehe...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..