Marathon tengok drama korea.

Hello semua :) 

Marathon tengok drama korea-Ini semua sebab Hello tv r nie..Lagi-lagi saya sejenis tak penyabar nak tunggu citer bersambung.Kalau sebelum ini cerita weightfighting fairy tu boleh lagi tunggu kali ini drama yang menggantikan weightfighting fairy iaitu "The Guardian @ Lookout" malas nak tunggu-tunggu dah..Layan online je senang..haha..

Jarang sebenarnya nak ikut cerita-cerita kat tv nie terutamanya drama...memang tak kuasa nak layan tapi sejak Hello tv ini ada tertiba pulak nak tengok drama-drama bagai..tapi drama korea je lah...itu pun tengok kalau jalan cerita yang menarik dan best.

Ok,berbalik cerita drama "Lookout ini..mula-mula layan dari episod 1 sampai 8,jalan cerita dah menarik macam tak sabar nak tunggu episod seterusnya dan tengok pula episod 9..lepas habis episod 9 tu dah tak sabar nak tengok episod seterusnya.Last-last buka internet cari kat tenet dan layan terus.Haha puas hati daku.Walaupun bukan drama latest,tapi cerita not bad lah.cumaaa..yang tak best part last tu..ada yang mati..sob3..i ingatkan happy ending gitu..wah2 imagination bukan main..haha 



Sedikit sinopsis drama ini [32 episod]

The Guardians menceritakan kisah sekumpulan orang yang berkerjasama untuk melaksanakan keadilan sendiri setelah kehilangan orang yang mereka sayangi kepada penjahat. Kumpulan ini terdiri daripada detektif, pendakwa, penggodam, dan orang yang sangat pemalu. Mereka mahu memberi penjenayah ini hukuman yang sepatutnya sendiri sebagai sistem keadilan di Korea Selatan gagal untuk menangkap pesalah-pesalah tersebut.

pelakon utama:

Lee Si-young as Jo Soo-ji
Kim Young-kwang as Jang Do-han
Kim Tae-hoon as Kim Eun-jung
Kim Seul-gi as Seo Bo-mi
Key as Gong Kyung-soo

Best juga sekali-sekala layan cerita korea nie..hehe


Post a Comment

0 Comments