Promosi Hebat Sempena Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018!



Dah nak dekat hujung tahun mesti ramai yang merancang nak pergi melancongkan.Bagi yang suka pergi melancong mereka dah awal-awal merancang dan memilih destinasi percutian.Bagi saya pula,bila cuti terutamanya cuti hujung tahun,saya biasanya akan balik sabah.Tapi macam biasalah benda utama yang saya risau adalah tentang harga tiket kapal terbang.Kena cari harga tiket kapal terbang yang murah,sekurang-kurangnya dapat sedikit penjimatan.Kos untuk 4 orang bukannya murah..hihi..



Jadi di sini saya nak kongsikan tips bagaimana saya boleh dapatkan tiket kapal terbang dengan lebih murah.Bukan apa,bila merancang untuk bercuti,perkara yang paling utama sekali yang perlu saya pertimbangkan adalah harga tiket kapal terbang.Sebabnya harga tiket kapal terbang ini mempengaruhi separuh daripada kos keseluruhan perbelanjaan perjalanan saya nanti.



Ok,apa yang biasa saya buat untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah ialah.

1.Kejar harga dan bukan tarikh.Saya biasanya akan tengok harga tiket yang murah barulah akan tetapkan tarikh untuk perjalanan. Dah dapat harga tiket yang cun saya akan terus tempah sebab harga tiket akan berubah-ubah.



2.Elakkan waktu puncak dan musim perayaan kerana ketika ini harga tiket penerbangan mahal berganda-ganda.



3.Beli tiket pada waktu pagi.-Sebabnya traffic website syarikat penerbangan kurang sibuk ketika ini.Selain itu ada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka


4.Pemilihan Hari & Masa Penerbangan-Melalui pemerhatian saya biasanya pada hari Selasa,Rabu,atau Khamis harga lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad.Dan lagi satu penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari



5.Subscribe Newsletter syarikat penerbangan.Bila dah subsribers syarikat penerbangan tersebut akan update kepada para subscribers terlebih dahulu mengenai tawaran harga tiket murah.Inilah kebaikannya kerana anda anda antara yang terawal tahu mengenai setiap promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan.Selain itu boleh mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan.



6.Menggunakan platform Traveloka.Inilah rahsia terbesar saya dalam melakukan penjimatan untuk tike kapal.Di Traveloka,saya boleh mendapatkan penerbangan murah untuk balik Sabah!.Dah 2 kali saya menggunakan Traveloka ni tau..dan sekurang-kurangnya 1/3 dari harga tiket sebelum saya guna Traveloka saya dapat save!!






Untuk pengetahuan semua,Traveloka ini merupakan satu platform yang disediakan dan memudahkan pelangan menempah flight ataupun hotel untuk penginapan.Saya suka tempah tiket flight dengan Traveloka ini sebab dia akan filter seluruh syarikat penerbangan yang ada dan berikan senarai penerbangan bermula dari harga yang paling rendah.Selain itu website Traveloka yang mudah untuk diakses, cara booking yang mudah tanpa kredit kad, boleh buat pembayaran secara online banking maybank2u dan paling best ialah coupon untuk jimat berganda sekaligus membolehkan saya dapat penjimatan dalam menempah flight.



Tips nak dapatkan harga lebih murah dengan Traveloka?Wehh boleh jimat banyak ok!.

•    Booking   tiket    kapal    terbang    melalui    apps    Traveloka    di smartphone anda.

•    Masukkan kod promosi untuk nikmati penjimatan yang hebat.

Dan sebenarnya ada satu berita nak share dengan korang,Traveloka Sele-abration 2018.It’s Back!Haaa ni memang peluang baik lah korang, mana tahu nak bercuti sama ada dalam atau luar negara atau mana- mana destinasi ke , peluang depan mata haruslah kena gunakan sebaik mungkin. Jangan sampai terlepas pulak sebab ianya tak lama, hanya beberapa hari sahaja korang!



Seperti yang kita sedia maklum bulan September ini ada Traveloka Sale dan Matta Fair 2018.Inilah peluang anda untuk merebut peluang untuk book tiket flight murah!Hanya guna smartphone atau duduk depan laptop sahaja.Tak payah nak bersesak-sesak ke Matta Fair..hihi..




Untuk Traveloka Sale-abration kali ini, tawaran Traveloka  sale yang berbaloi seakan-akan Matta Fair 2018 

Ada apa dengan Traveloka Sale-abration ini?

•    Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera.Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan.(Tertakluk kepada terma dan syarat)
•    Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana- mana destinasi!
•     Tempoh Perjalanan: Anytime.Nah best ke tidak buat tempahan awal tetapi tempoh perjalanan bila-bila masa.Siapa yang tak tempah memang rugilah.Saya pun dah mark calendar siap- siap.Boleh guna untuk balik sabah bulan 10 nie.

Bila Tempoh Tempahan Traveloka Sale-abration?

•     Tempoh Tempahan: Dari 4 September hingga 10 September 2018.Hanya 7 hari sahaja untuk membuat tempahan,inilah masanya untuk korang rebut peluang dapatkan promosi hebat ini dan jangan terlepas!Save the date ok!





Sekarang ni pun ada promosi juga,bolehlah ke website Traveloka usha yer




Ok,last sekali,jangan lupa subsribe Traveloka dengan hanya masukkan email anda untuk menerima promosi dan tawaran terbaru Traveloka. Selain daripada itu boleh dapatkan aplikasi Traveloka melalui Google Play dan juga App Store.Sekarang pun ada promosi juga yang sedang berlangsung,nak tahu dan untuk maklumat lebih lanjut boleh homepage traveloka https://www.traveloka.com/en-my/

Post a comment

2 Comments

  1. Teringin nak bercuti. Tapi agak terhad masa tu. Apa pun, selalu juga ygk promosi traveloka ni. Best2..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..