Mencuba Pencuci botol susu Sleek Baby

Memang mencuci botol susu merupakan rutin sebagai seorang ibu kan.Untuk memudahkan rutin itu maka perlunya pencuci khas untuk mencuci botol susu anak-Sangat berbahaya membasuh botol susu baby dengan menggunakan pencuci pinggan sebab bahan-bahan dalam pencuci pinggan itu sangat tidak sesuai dengan bayi dan baunya terlalu kuat. 

Ini adalah kali pertama saya mencuba pencuci botol susu jenama Sleek Baby ini.So far bila guna pencuci ini mampu menghilangkan baki lemak susu di botol susu.Gosok-gosok manja jer dekat puting susu tu,cepat je tanggal sisa susu.

Pencuci botol susu Sleek Baby


Tentang Sleek Baby Bottle,Nipple dan Aksesori Cleanser.

Pencuci ini  merupakan sabun untuk mencuci botol,dot,alat makan,tempat makan bayi dan alat-alat permainan bayi.Pencuci botol Sleek dengan 100% Food Grade formulation selamat untuk anak-anak.Ia juga mempunyai stain removal formula yang mampu untuk menghilangkan baki lemak susu dengan sangat berkesan.

Apa yang korang perlu tahu tentang pencuci botol ini.

-Efektif membunuh kuman dan bakteria menggunakan Natural Anti Bakterial
-Memiliki Stain Removal Formula yang berfungsi untuk menghilangkan sisa lemak susu pada botol
-Tidak menimbulkan iritasi
-Bebas Paraben
-Boleh digunakan untuk mencuci sayuran dan buah-buahan.

Bahan aktif
-6% Sodium Lauryl Sulfate,0.5% Propane-1.3-diol,Willow Bark Extract
-(2-(Hydroxymethyl)phenyl-beta-D-glucipyranoside)




Jadi apa yang saya boleh katakan selepas menggunakan pencuci botol ini ialah pencuci ini tidak banyak buih,bau wangi.Pencuci ini juga pekat jadi memang jimatlah nak guna,sebab guna sikit je dah boleh bersihkan botol susu anak serta alat kelengkapan yang lain,😁Penutup yang mesra penggunaan senang nak bawa ke mana-mana misalnya bawa balik kampung.


Korang yang nak beli boleh cari dekat Lazada ataupun Shopee.hehe.

Post a comment

1 Comments

  1. Menarik.. Boleh beli ni nanti bila baby dah lahir.. Hehee.. Tq for sharing..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..