Petal Velvet Sunaway dari Althea





Assalamualaikum semua..

Korang tahu tak pentingnya memakai sunscreen.Pemakaian sunscreen penting untuk melindungi kulit anda daripada sinar matahari yang merosakkan.Sunscreen adalah item yang wajib digunakan setiap hari.Walaupun korang tidak terdedah dengan matahari pun,sebenarnya lebih baik gunakan juga suncreen walaupun korang hanya duduk 24 jam dekat rumah.Nak kulit kekal terpelihara,cantik dan sebagainya kenalah tahu cara penjagaannya betul tak..?

Dalam post ini,saya ingin berkongsi dengan korang semua sunscreen dari Althea.Untuk pengetahuan korang semua Althea sekali lagi telah mengeluarkan produk baru mereka iaitu Petal Velvet Sunaway.

Pengenalan:

Petal Velvet Sunaway memberikan pelindungan kepada kulit daripada  sinar matahari. Dengan rumusan asid hyaluronik dan dengan Damask rose ekstrak,Althea Petal Velvet Sunaway menggunakan teknologi zarah mikro canggih untuk melindungi kulit dari sinar UV sambil  memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari. Ia mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari.


Review | Petal Velvet Sunaway

Packaging:
Didatangkan dalam bekas yang bagi saya simple dan  senang untuk di bawa kemana-mana.Warna pinkputih  gitu memang cantik.

Bahan-bahan Utama:

Damask rose ekstrak - Petal Velvet Sunaway mengandungi ekstrak Damask rose untuk melembapkan dan melancarkan kulit.Damask Rose mempunyai nanomolekul semula jadi yang kaya dengan vitamin untuk menembusi jauh ke dalam kulit, sensitiviti yang menenangkan dan mengukuhkannya untuk menjadikan kulit bercahaya dan berseri.

Asid hyaluronik - Asid Hyaluronik ini adalah bahan yang mengikat  kelembapan.Keupayaanya adalah mengekalkan kelembapan pada kulit  serta mencegah dehidrasi.

Minyak geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat


Bahan-bahan Lain:

WATER, CYCLOPENTASILOXANE, ZINC OXIDE, DISILOXANE, PROPANEDIOL, TITANIUM DIOXIDE, DICAPRYLYL ETHER, METHYL METHACRYLATE CROSSPOLYMER, PELARGONIUM GRAVEOLENS FLOWER OIL, SALVIA OFFICINALIS (SAGE) OIL, POGOSTEMON CABLIN OIL, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT OIL, ROSA DAMASCENA FLOWER EXTRACT, PEG-10 DIMETHICONE, STEARIC ACID, ALUMINUM HYDROXIDE, VINYL DIMETHICONE/METHICONE SILSESQUIOXANE CROSSPOLYMER, SODIUM CHLORIDE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, 1,2-HEXANEDIOL, SORBITAN CAPRYLATE, GLYCERYL CAPRYLATE, POLYGLYCERYL-6 POLYRICINOLEATE, ETHYLHEXYLGLYCERIN, BUTYLENE GLYCOL, ETHYL HEXANEDIOL, CAPRYLYL GLYCOL




Tekstur:

Warna Petal Sunaway ini putih susu.Tetapi lepas blend ia menyerap dengan cepat,ringan, tekstur cecair untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB  dan tidak meninggalkan kesan putih tetapi korang akan merasakan ianya seperti korang memakai pelembap serta tidak berminyak.

Jenis Kulit

Sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur. Ia juga mendapat formula hypoallergenic yang tidak akan merengsakan kulit

Cara Guna

-Letak sedikit ke tangan dan sapukan ke  dan biarkan menyerap ke dalam kulit 
-Digunakan pada waktu pagi atau sebelum keluar ke bawah matahari.
-Goncang sebelum guna.


Pendapat saya:

Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah bahan utamanya iaitu minyak Geranium selain daripada Damask rose ekstract dan juga asid hyaluronik.Geranium oil (minyak geranium) ini umumnya digunakan sebagai elemen dalam aromaterapi untuk banyak manfaat kesihatan.Sejujurnya first impression saya lepas buka dan letak dekat sedikit dekat tangan"eh putihnya"like takut lepas guna kulit jadi putih gitu..hahaha".

Sebenarnya ia adalah tekstur cecair  yang halus dan menyatu dengan kulit dengan baik tanpa meninggalkan apa-apa kesan putih atau sebagainya.Teksturnya juga sangat ringan yang mempunyai penapis UV bukan kimia dengan SPF 50, PA +++. 

Formula Sunaway ini mengandungi zarah-zarah serbuk halus yang berfungsi untuk mengekalkan sebum, menjadikan kulit berasa segar sepanjang hari.Saya merasakan seperti saya menggunakan pelembap muka,ia menyerap dengan cepat dan tidak meninggalkan kemasan putih dan tidak berasa berminyak..Produk ini telah menjadi sebahagian daripada rutin wajah setiap hari saya dan saya sangat menyukainya. Saya pasti akan membeli semula produk ini.


Penilaian:

Bau:⧪⧪⧪⧪
Keselesaan:✮✮✮✮
Ketahanan:❂❂❂❂❂
Harga:✤✤✤✤
Ketersediaan:✧✧✧✧
Keseluruhan: 4/5





So,my thought,jika korang menggunakan Althea Petal Velvet Powders,saya pasti korang juga akan menyukai pelindung matahari Petal Velvet Sunaway 50 SPF PA +++  ini.





Sekarang ini ada Special Launch Offer tau yang mana kalau korang beli sekarang korang akan dapat 10% secara automatik.Atau jika korang beli bersama dengan mana-mana antara 1 pilihan Petal Velvet Powder korang akan dapat 20% off.





Name : Petal Velvet Sunaway
Price : RM38.70
Where To Buy : Althea Korea
Made in : Korea
Net Weight : 55 ml
Ingredient Highlights : Damask Rose Extract,Hyaluronic Acid,Geranium Oil




Website: Althea Korea
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia

That’s all for today post. Until we see again in my next post.

 XOXO

Post a Comment

23 Comments

  1. suka dgn sunaway ni, bau dia harum n senang blend dgn kulit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan @Mrs Pip,saya pun suka,althea memang tidak mengecewakan

      Delete
  2. I also going to try this product.. so pink.. attractively nice, the packaging... althea always got nice quality products..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes,i love the packaging too..i love pink!..hehe

      Delete
  3. Ala jelesnya tengok ramai yang update pasal Althea ni hehehe..kte lom rezeki lagi nak merasa guna wakakaka..tapi memang tergoda sangat bila tngok semua update pasal Althea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sis minTrylah,sure tersuka tanpa sengaja nnti..hihi

      Delete
  4. Wah bagus juga ya produk ni
    Memang sesuai untuk sesiapa yang sering terdedah dengan sinaran UV

    ReplyDelete
  5. Wow.. Menarik. Harga pun mampu milik. Althea selalu keluarkan produk yang menarik. Bersesuaian dengan kita semua kan.

    ReplyDelete
  6. bestnyer tengok produk ni...suka bekas dia tu yg look so soft dan menarik sangat

    ReplyDelete
  7. Akak suka product Althea nak plak product ni ..sekarang dh x risau dh sebab banyak product uv protection kat pasaran..tp akak nak suggest kat semua yg baca entry ni..cuba la product ni...pasti pasti jatuh cinta

    ReplyDelete
  8. Wahhh menarik! Bekas dia tu nampak simple tapi comel. Soft je warnanya pun

    ReplyDelete
  9. Menarik product ni. Harganya pun tak mahal, dalam range yang di kira sangat berbaloi untuk dibeli. Jenama Althea ni pun memang ramai yang guna

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi dengar nama brand ni. Biasa guna sunblock yang jual di farmasi tu je..hehe..eh? sunblock & sunscreen tu sama tak? macam lain jer..

    ReplyDelete
  11. alahai comel-comel nyer althea ni.
    sib baik la aida ni on dgn a set of product yg lain tau.
    if not, memang akan rembat a set of this tau, fiqa.

    ReplyDelete
  12. suka packaging dia sangat cantek. walaupun simple tapi tetap menarik. baguslah althea ada macam2 produk dah sekarang dan semuanya best-best

    ReplyDelete
  13. Looks pretty nice, and the price is right. I like the ingredients list too.

    ReplyDelete
  14. Ramainya review jenama Althea ni,should i give it try?hehehe
    Dari segi harga nampak affordable sangat dah tu.
    Nak g stalk jap website dia hehe

    ReplyDelete
  15. Never heard about this brand before and maybe will check this out. Lately more and more brands coming up

    ReplyDelete
  16. Suka pulak Qiss baca review ni. Nanti boleh Qiss beli. Nak juga protect kulit dari sinaran matahari yang berbahaya.

    ReplyDelete
  17. Sis baru aje nak mencuba petal velvet sunaway ni, rasanya masa nak ke Krabi sis akan cuba produk ni kat sana..then baru leh buat review. Tak sabar rasanya nak gunakan produk ni..:D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..