Althea Pore Purifying Serum Cleanser






Makeup dan wanita mana boleh dipisahkan.Betul tak?Kalau tak bermekap tebal-tebal pun tapi mesti tepek foundation ke bedak lipstik sikit kan.Haa nie nak bagitau korang,walaupun korang tak bermekap tebal tetapi tidak semestinya korang kena skip penggunaan  makeup remover tau.

Kulit muka kita memang sentiasa terdedah kepada pelbagai kotoran.Kotoran sentuhan,udara dan juga sisa-sisa makeup yang digunakan setiap hari.Mencuci muka menggunakan pencuci muka sahaja tidak menjamin dapat menanggalkan kotoran yang melekat di liang pori muka.

Untuk memastikan wajah betul-betul bebas dari sisa-sisa makeup dan kotoran,sebelum mencuci muka menggunakan pencuci muka,haruslah menggunakan makeup remover.

Disini saya nak share dengan korang produk terbaru keluaran Althea Korea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser .



Bila mula-mula dengar Pore Purifying Serum Cleanser nie,ada sedikit rasa macam confius gitu,cleanser ke serum??haha,tapi rupanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini merupakan gabungan pembersih dan juga serum.2 in 1 lah senang cerita.

Ia merupakan pembersih makeup,kotoran serta makeup dengan ekstrak daun mint sementara itu ia juga memastikan agar kulit muka tetap sejuk serta lembap sepanjang hari.Pelembap duo sistem sel ini melindungi kulit dalam formula yang menyerupai serum.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini dapat mencegah kulit dari kering dan secara efektif dapat mengurangi pembesaran pori-pori juga menjaganya agar tetap halus untuk disentuh.Produk ini juga membantu menyeimbangkan tingkat pH kulit.Produk ini juga sesuai untuk mereka yang memiliki sensitive skin.







Kebaikan Althea Pore Purifying Serum Cleanser:

-Pembersih yang mengandungi formula menyerupai serum.
-Membersihkan makeup,kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit.
-menyeimbangkan tingkat pH pada kulit untuk memastikan agar kulit tetap sihat.

Bahan Utama:

Ekstrak daun mint-Menyejukkan kulit dan mengurangi iritasi.

Minyak biji jojoba-Melembapkan kulit kering dan kulit tidak terasa berat setelah digunakan.

Ekstrak daun dari pohon teh-memiliki sifat antibakteria yang membersihkan kulit.

Bagaimana untuk menggunakan  Althea Pore Purifying Serum Cleanser?

Untuk membuang solekan:

Langkah 1: Tuang Althea Pore Purifying Serum Cleanser yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Buat urutan di seluruh kulit anda dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solekan.
Langkah 3: Bilaskan kotoran dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya kotoran.

Untuk membersihkan kulit:

Langkah 1: lembabkan kulit wajah dengan sedikit air dan gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan di seluruh kulit anda dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.


Pendapat:
Makeup remover yang best-Lepas seminggu saya menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser,apa yang boleh saya katakan,saya sangat sukakannya.Pencuci makeup 2 dalam 1 ini mampu menghapuskan kesan solekan serta membersih dan menyegarkan kulit muka saya.Saya tidak perlu mencuci dengan menggosok dengan terlalu kuat tetapi hanya dengan sentuhan yang perlahan,ia mampu membuang solekan,membersihkan dan menghidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka.

Rating:4.5/5
Harga:RM33
Akan beli semula?Ya/Recommended.



Beli Sini:https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser




#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea

Post a Comment

0 Comments