7 Great Malaysian Dishes You Must try


7 Great Malaysian Dishes You Must try | Bangga menjadi anak Malaysia sebab bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya namun juga merupakan syurga makanan.Sudah tentu korang juga mempunyai cita rasa makanan kegemaran sendiri kan.

Kali ini fiqa nak share dengan korang 7 makanan Malaysia yang sedap yang korang mesti try.Bagi korang yang belum try lah.Makanan ini memang famous dan menjadi pilihan hati kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah fiqa sendiri gitu.

1.      Nasi Lemak.

Images via snapguide


Siapa je yang tak makan nasi lemak.Anak kecil pun sukakannya apatah lagi orang dewasa kan.
Nasi lemak adalah hidangan nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan.Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan paling terkenal di negara kita,jadi  hidangan ini senang je jumpa di mana-mana kedai makan.Kebiasaannya nasi lemak selalu menjadi pilihan sarapan pagi tetapi pada masa kini ianya leh didapati tidak kira waktu.

Nasi lemak kena lah ada sambal,ikan bilis,hirisan timun,kekacang dan telur rebus.Nak tambah ayam goreng,sambal sotong,sambal udang atau kerang pun boleh jer..ikut citarasa korang.Fuhh Perfect gitu!­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­


2.      Roti Canai

Images via The Vocket


Roti canai kosong 1! Kebiasaannya pergi kedai mamak pagi-pagi mesti ramai pelanggan order roti canai sebagai sarapan pagi kan.Antara menu favourite di Malaysia.Nak roti canai kosong atau roti canai telur?Ikut kesukaan kamu.

Bukan sahaja di makan pada waktu pagi tetapi ramai juga mengambilnya tak kira waktu.Kebiasaanya Roti Canai ni dihidangkan bersama dengan kuah Dal,kari dan juga sambal ikan bilis.Roti canai makan panas-panas memang sedap sampai tak sedar dah habis..hehe

3.      Satay


Images via Taste.com.au


Craving for sticks of juicy marinated meats? Kepingan daging yang diperap bersama bahan perapan dan bila dibakar akan menaikkan aroma keenakannya yang membuatkan korang teringin nak merasa.Itulah kehebatannya makanan yang bernama SATAY! Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira kaum. 

Terdapat banyak versi satay termasuklah satay ayam atau daging lembu. Kebiasaannya satay dihidangkan bersama sos kacang goreng ditambah bersama hirisan timun dan juga bawang.

4.      Banana Leaf Rice

Images via edgeprop.my


Teringin nak makan beralaskan daun pisang?Korang kenalah try Banana Leaf Rice nie.
Ia merupakan kaedah tradisional untuk menghidangkan hidangan nasi pada daun pisang yang dibawa ke Malaysia semasa penghijrahan kaum India Selatan. Dalam makanan daun pisang, beras putih (atau beras padi di restoran India asli) disajikan pada daun pisang dengan pelbagai jenis sayuran, acar, appalam dan perasa serantau lain (biasanya masam, asin atau pedas).  Lazimnya, hanya kuah vegetarian (contohnya sambar) akan dihidangkan pada nasi kerana ia dimaksudkan untuk menjadi hidangan vegetarian tradisional. Walau bagaimanapun, kadang-kadang telur rebus, kari atau daging goreng atau makanan laut juga disajikan.

Cubalah dan ianya satu pengalaman makan yang unik, sebab ia akan membuka selera anda serta memberikan kepuasan yang lain apabila menikmati juadah atas daun pisang.



5. Nasi Kandar

Images via penang ws


Juadah yang berasal dari Pulau Pinang ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.Nasi kandar pada asasnya disajikan dengan pilihan lauk kegemaran korang termasuklah kari,ikan telur dan sayur bendi.Walaupun sajian ini sajian buffet style,korang boleh juga order ala carte.Ikut citarasa korang lah nak macam mana kan.

6.      Asam Pedas

Images via rasa malaysia.com


Sebut sahaja Asam Pedas semua tahu bahawa masakan ini sangat sedap dan mampu membuatkan semua kecur air liur.Asam Pedas nie mempunyai keistemewaannya yang tersendiri.Dapat makan ikan yang fresh,tekstur kuah yang pekat dan rasa yang seimbang,pastinya korang akan “kesedapan” sehingga menjilat jari.


7.      Cendol

Images via wikipedia

Selepas melawat tempat-tempat menarik dibawah matahari panas,saya biasanya akan mencari kedai menjual cendol dan menikmati semangkuk cendol adalah perkara heaven.Sambil menikmati cendol korang dapat menyejukkan badan korang yang panas tu sebelum menyambung aktiviti korang.!

Pencuci mulut Malaysia yang popular ini from a manual way of hand-shaved ice to an old school ice shaving machine, mixed in with a match made in heaven - gula Melaka and "santan" (coconut milk), uneven strands of green pea like-shaped pandan vermicelli, and the end result is a perfect thirst-quenching dessert!


Habis baca and craving for this dishes tapi tak ada masa,tak sempat sebab kekangan waktu?Atau for days you just feel like staying in? Alah apa susah korang order je lah secara delivery. Dengan menggunakan FOOD DELIVERY by FoodPanda sure korang akan dapat menikmati your favourite food delivered dengan sangat cepat dan mudah gitu.

Fiqa sendiri kalau time busy atau bercuti, memang seronok gak guna servis food delivery mcm ni. Senang! Nak makan apa buka apps FoodPanda dah boleh order macam-macam. Jimat masa, jimat tenaga, perut pun kenyang.















Post a Comment

0 Comments