Hotel yang sesuai untuk keluarga dan anak kecil

 

Semenjak pandemic COVID-19 melanda negara,perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan, kita semua diperintahkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli barang keperluan atau bila ada kepentingan sahaja. Jadi semasa di dalam tempoh perlaksanaan PKP, dengan keadaan dan pergerakan terbatas,kita semua tidak boleh pergi shopping seperti biasa,bercuti atau pun melancong di tempat-tempat kesukaan kita.

Saya pasti,ramai yang sudah rindu untukk kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan juga merancang untuk pergi bercuti sekiranya keadaan kembali normal.Mana tidaknya,setelah sekian lama terperuk didalam kediaman masing-masing,sudah pastinya ramai merindui suasana diluar sana seperti menghirup udara segar seperti dipantai dan tempat-tempat peranginan sambal menikmati keindahan alam.

Fiqa ada juga plan nak pergi staycation dengan keluarga selepas keadaan pulih dari pandemic  yang melanda.Jika orang lain memilih untuk bercuti di pantai atau pusat peranginan,fiqa rindu nak stay kat hotel,yang mana sesuai untuk percutian singkat.Tapi kali ini fiqa memilih staycation di hotel yang connected dengan pusat membeli belah.Yang mana ianya percutian all-in-one,boleh menjamu selera,membeli belah,tengok wayang,bersantai-santai dan bermain indoor game dengan anak-anak .

 

Jom tengok 5 hotel pilihan fiqa untuk percutian nanti.


1.Le Meridien Putrajaya

Le Meridien Putrajaya,terletak kira-kira 35km dari pusat bandar Kuala Lumpur bersambung dengan salah satu pusat membeli-belah terbesar iaitu,IOI City Mall.Sekiranya anda mencari hotel yang yang jauh dari kesibukan kota dan berada dikawasan yang tenang,boleh  masukkan hotel ini dalam checklist anda.Ia mempunyai segala yang anda perlukan.

Hotel ini mempunyai segala yang anda perlukan untuk percutian yang.Hotel moden ini mempunyai 353 bilik yang menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa semasa percutian anda.Selain mempunyai banyak kedai,mall ini memiliki gelanggang luncur berukuran Olimpik,panggung wayang,pusat bowling dan taman pengembaraan untuk kanak-kanak seluas 70.000 kaki persegi.Hotel ini turut menyediakan swimming pool untuk kanak-kanak, dan juga fitness center.


2.Sunway Clio Hotels


 Sunway Clio Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang menjadi sebahagian daripada destinasi bersepadu seluas 800 ekar di Sunway City Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai koleksi Bilik Eksekutif Deluxe Plus dan Deluxe Plus dengan pemandangan laguna dan pemandangan kota yang indah. Sebahagian daripada tiga hotel di Sunway City, Sunway Clio Hotel 401 bilik ini dihubungkan terus ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid, dengan Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon yang terletak terletak hanya beberapa minit. Hotel Clio juga menawarkan  pelbagai pilihan bilik dan suite yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda.


Puas berehat bolehlah berjalan ke pusat membeli belah,Sunway Pyramid yang mana ia menawarkan
 aktiviti untuk keluarga termasuk  bowling alley,an ice-skating rink,an archery range and laser-tag center.
Sudah tentu tumpuan utama ialah Taman Tema Sunway Lagoon! Dengan enam kawasan yang berasingan
 di dalam taman, dari taman air hingga taman hiburan dan juga taman hidupan liar, anda pasti akan
 menikmati keseronokan kuno.

3. The Gardens Hotel & Residences

The Gardens Hotel and Residences Kuala Lumpur (dikenali juga dengan nama The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences) terletak di bangunan The Gardens Mall adalah dibawah pengurusan St Giles Hotel, sama dengan The Boulevard Hotel Kuala Lumpur yang terletak di bangunan Mid Valley Megamall.

The Gardens Hotel and Residences turut menyediakan fitness center, dan juga swimming pool yang boleh lihat pemandangan bandar Kuala Lumpur.The Gardens Hotel & Residences dihubungkan terus ke The Gardens Mall melalui laluan yang terletak di lobi. Pusat membeli-belah enam tingkat ini penuh dengan kedai-kedai yang berjenama, serta dua pusat beli-belah (Isetan dan Robinsons). Dari The Gardens Mall, anda boleh ke Mid Valley Megamall yang bersebelahan (berjalan kaki di tingkat viaground di Pintu Masuk Boulevard atau dua jambatan yang terletak di tingkat 1 dan 2.)

4.One World Hotel


 

One World hotel salah satu hotel kegemaran ramai! Hotel bintang 5 ini mempunyai 438 bilik mulai dari Bilik Superior hingga ke Suite Eksekutif. Biliknya luas dan selesa, dan hotel ini mempunyai beberapa pilihan tempat makan seperti Cinnamon Coffee House,Zuan Yuan Chinese Restaurant,The Sphere lounge,dan Poolbar and Grill jadi  anda tidak perlu meninggalkan hotel .


Hotel ini dihubungkan terus ke One Utama Stopping Centre .Bagi yang gemarkan aktiviti mencabar bolehlah mencuba aktiviti rock climbing di Camp 5.Selain itu anda juga boleh mencuba AirRider.Menggunakan teknologi terowong angin yang akan memberikan anda pengalaman skydiving tanpa perlu melompat dari kapal.Buat anda yang gemarkan sukan air pula dan teringin untuk belajar surfing bolehlah ke FlowRider ini. Terletak di tingkat bawah one utama,tarikan menarik ini meggunakan mesin yang akan mencipta waves untuk sukan seperti flowboarding, boadyboarding dan surfing. FlowRider ini menjadi tempat ideal buat semua peringkat umur.

5.Royale Chulan The Curve

 Hotel lain di sekitar One World adalah Royale Chulan yang bersambung dengan The Curve Shopping Mall. Apa yang menariknya ialah kawasan ini penuh dengan kemudahan dan banyak pusat membeli-belah dan menjadikannya tempat yang bagus untuk percutian singkat keluarga. Ia juga hanya mengambil masa 20 minit drive dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Royale Chulan The Curve di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia adalah hotel bertaraf 4 bintang yang menyediakan penginapan mewah. Ia mempunyai 380 bilik dan suite, 3 restoran eksklusif, dan kemudahan persidangan moden. Setiap bilik juga dilengkapi dengan gabungan dekorasi kontemporari dan tradisional Malaysia.

 

Hotel ini bersebelahan dengan pusat membeli-belah The Curve. Yang bestnya anda hanya perlu berjalan kaki sahaja ke The Curve. The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang dilengkapi lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian sepanjang tahun.

Bukan itu sahaja, hanya di seberang jalan dari The Curve (dihubungkan melalui jalan bawah tanah atau jambatan), anda akan menemui Pusat IKEA di mana anda boleh membeli semua keperluan rumah anda, Tesco untuk membeli-belah runcit dan Kidzania, Akhir sekali, seluruh kawasan ini mudah diakses oleh MRT Mutiara Damansara yang menjadikannya sangat mudah untuk pergi ke pusat bandar KL walaupun anda tidak memandu!


Sebenarnya, banyak lagi hotel in Kuala Lumpur untuk Staycation yang menarik untuk family,tapi fiqa kongsikan 5 dahulu yang mana ianya dalam list fiqa. Harap cepat-cepatlah wabak Covid-19 pergi dan dapatlah kita menjalani kehidupan normal seperti sedia sebelum ini.


0 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..