Cameron Highlands: “Keadaan ibarat tsunami apabila kawasan kampung
ditenggelami lumpur dan saya lihat puluhan kereta hanyut,” kata Shaifa
Jamil, 19, penduduk di Lembah Bertam, di sini, yang terbabit dalam
kejadian banjir lumpur, menyebabkan tiga terbunuh dan seorang hilang,
semalam.
Shaifa yang ditemui di pusat perlindungan sementara di Dewan Orang
Ramai Ringlet, di sini, berkata dia juga melihat kayu balak dan ‘ombak’
Sungai Bertam merempuh kediamannya sejurus siren kecemasan dibunyikan.
“Suasana ketika itu cukup cemas apabila penduduk kelam-kabut
melarikan diri. Ada yang menangis dan ada yang duduk di tebing sungai
dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya.
Menurutnya,
kejadian berlaku jam 1.15 pagi ketika dia dan ibunya tidur di rumah
sebelum terjaga apabila terdengar bunyi siren amaran kecemasan dan
pengumuman arahan agar penduduk meninggalkan rumah.
“Bagaimanapun, belum sempat kami melarikan diri, air dari sungai sudah
melimpah masuk dalam rumah. Mujur membantu mengeluarkan kami dari dalam
rumah,” katanya yang masih dalam keadaan terkejut.
Video Tengok SINI
:::SUMBER:::
2 Comments
Kesian kat diorang nie :(
ReplyDeletemusibah
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..