Apa hal kau bro!



Kuala Terengganu: Seorang remaja bertindak gila apabila melarikan sebuah Nissan Grand Livina yang masih ada penumpang di dalamnya sebelum merempuh lori muatan tanah dan kemudian merampas pula sebuah Perodua Myvi yang dinaiki satu keluarga dalam drama rampasan kenderaan selama kira-kira dua jam, petang kelmarin.
Difahamkan remaja berusia 17 tahun terbabit sebelum itu cuba merampas kunci sebuah Proton Pesona di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu tetapi dihalang pemilik kenderaan itu.

Ketika kejadian, kenderaan berkenaan mempunyai penumpang iaitu pasangan Pirhat Karim, 34, dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan.
Foto
KENDERAAN Pirhat hancur selepas berlanggar lori muatan tanah.

 Foto
 CHE Mastura dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, pemilik kenderaan iaitu adik ipar mangsa yang juga anggota polis berusia 20-an, bergegas ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan apabila menyedari kejadian berkenaan.


:::SUMBER:::

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..