"Where hope grows, miracles blossom".

Garam buluh alternatif terbaik




Garam buluh alternatif terbaik


Garam sering dikenali sebagai salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, jantung, hipertensi dan sebagainya. Walaupun ramai yang menyedari hakikat ini, namun kita tidak dapat elak dari menggunakan garam sebagai penambah rasa di dalam makanan harian.

Garam pembawa penyakit
Garam bersifat asid dan satu-satunya jenis batu yang boleh dimakan oleh manusia. Dalam kaedah sains, garam putih dikenali sebagai ‘sodium klorida’. Garam putih yang terdapat di dapur hampir setiap rumah dan restoran berasal dari lautan.

Namun, ia diproses secara keterlaluan sehingga semua kandungan mineralnya hilang. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa warna putih pada garam diperoleh setelah ia melalui proses pelunturan. Maka yang tinggal hanyalah kompaun sodium dan klorida yang menjadi punca kepada masalah kesihatan.
GARAM buluh membantu mengurangkan pelbagai jenis penyakit.

                                                           Mengenali garam buluh

Menyedari hakikat masalah kesihatan, masyarakat kita mula mencari alternatif terbaik untuk menggantikan garam biasa. Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Korea dan Jepun telah lama mengamalkan sejenis garam yang bersifat alkali yang dikenali sebagai garam buluh.

Garam buluh salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya masalah penyakit jantung, kencing manis, gout dan darah tinggi di Jepun dan Korea. Garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali.

Kaedah ini menyebabkan garam ini lebur bak lava dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 80 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan.Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama menghadapi musim salji dan cuaca panas yang begitu ekstrim.


                                                 Bagaimana ia melawan penyakit?

Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan. Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuat-
kan badan lebih sihat dan bertenaga.


                                                         Garam buluh atasi kanser?

“Kanser atau sebarang penyakit lain berpunca daripada kadar asid tinggi dalam badan.” Itukah ungkapan Dr Otto Warburh, pakar perubatan German pernah memenangi Nobel Prize atas hasil penyelidikan beliau.
Kandungan toksin dan toksin yang tidak dikeluarkan oleh badan secara perkumuhan atau peluh terkumpul di dalam badan. Ini salah satu faktor yang melumpuhkan sistem pertahanan badan. Oleh itu sekiranya terdapat sel-sel kanser, ia akan mula hidup aktif di dalam badan atau bahagian-bahagian yang mempunyai kadar asid yang tinggi.

Oleh itu, secara amnya, salah satu langkah yang dapat membantu kita untuk membantu meningkatkan kadar alkali di dalam badan ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan juga garam buluh. Sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Di samping berikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan amalkan doa-doa syifa agar Allah memperkenankan usaha kita dalam mengatasi sebarang penyakit.


2 comments:

  1. sekarang nie kat rumah guna garam bukit..dah tak guna garam yang biasa tu

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..

Back to Top