Saya suka kasut jenama Tiamo




Selain cantik dan selesa, koleksi kasut Tiamo turut sesuai digayakan ke apa jua jenis majlis sama ada formal, kasual mahupun santai kerana memahami konflik yang dihadapi wanita dan remaja perempuan ketika mahu memilih kasut leper yang tepat. Pengurus Jenamanya, Nicole Leong, berkata kasut Tiamo direka berasaskan kehalusan seni tangan yang tinggi bagi memastikan dan mengekalkan struktur kasut tetap teguh dan tidak akan kehilangan bentuknya selepas dipakai banyak kali.

 


Jenama kasut tempatan, Tiamo, terus mengilhamkan pelbagai rekaan kasut leper ala penari balerina yang selesa di samping mementingkan kualiti proses pembuatan kasut, gaya, corak dan pemilihan warna khas buat golongan wanita serta remaja perempuan. Mula mendapat idea melalui evolusi fesyen wanita di Korea Selatan yang suka dan kelihatan cantik apabila memakai kasut leper, barisan pereka dan tukang kasut Tiamo bekerjasama dengan pereka di sana untuk menghasilkan kasut yang bermutu tinggi.

Young Hippie




 
Tiamo Star

Animal Magnetism

Lebih menarik, kerja halus seni tangan ini membuatkan kaki pemakai akan sentiasa kelihatan kecil, langsing dan diri akan menjadi tinggi sedikit berikutan tambahan lapik seperti kusyen lembut pada tapak kasut. Lapik sama yang diletakkan pada bahagian tumit belakang kaki bertujuan menjaga kaki daripada berasa sakit akibat geseran yang akan menyebabkan luka atau melecet.


Rekaan Mum and Daughter misalnya, direka ringkas dan berwarna-warni sesuai digayakan bagi pasangan ibu dan anak kerana ia hadir sedondon. Young Hippie dan Tiamo Star pula menampilkan rekaan lebih kasual, sesuai serta padan untuk anak remaja perempuan bergaya comel.

Mums & Daughters


Golongan eksekutif turut tidak dilupakan Tiamo apabila mereka boleh mendapatkan koleksi Modern Classic dan Career Fashion yang pasti akan kelihatan menarik di depan pelanggan walaupun dengan kasut sarung bertumit rata. Himpunan Dressy Elegant yang banyak menggunakan kain renda sebagai hiasan luaran, boleh digayakan ketika mahu menghadiri majlis lebih glamor.

Career Fashion

 
Career Fashion

  
Celeb Glam
Tiamo yang bermaksud ‘aku mencintaimu’ dalam bahasa Itali ini, datang dalam pelbagai himpunan termasuk kasut moden untuk golongan muda dan bergaya, kasut yang kemas untuk ke pejabat, rekaan kasut anggun dan khas ke majlis makan malam, kasut kasual dan juga kasut kanak-kanak.


 
Dressy Elegant




Tiamo boleh didapati di:
The Gardens Mall
F-227A First Floor
Mid Valley City, Kuala Lumpur
Tel: 03-2283 4218
Sunway Pyramid
LG1.132 Lower Ground 1
Bandar Sunway, Petaling Jaya
Tel: 03-5631 8492

Juga: Facebook.

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..