combi mechacal handy auto4cas review

Salam,





Stroller adalah salah satu keperluan ibubapa diluar sana termasuk saya sendiri. Lagi-lagi, bila nak bawa anak jalan-jalan. Stroller adalah alternatif lain selain baby carrier. 

Memilih stroller bukannya sesuatu yang senang.Banyak aspek yang perlu diambil kira.Jadi entry ini dibuat khas untuk ibubapa yang tengah survey stroller yang sesuai untuk bayi mereka.Dan,saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu dalam pencarian stroller idaman. 

Bagi ibubapa yang inginkan stroller yang ringan serta memudahkan anda menggunakannya, Stroller Jenama Combi Mechacal Handy Auto4cas (atau dipanggil Handy 4X) merupakan stroller yang terbaik kerana stroller ini direka khas untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.Stroller ini didatangkan dengan pusingan roda automatik yang membolehkan anda menolak dan menukar haluan dengan mudah. 


Kenapa saya memilih Combi Stroller Handy 4X?
Di bawah adalah kriteria yang saya look into ketika memilih stroller berserta pengalaman sepanjang menggunakan Combi Stroller Handy 4X. 

Product: Combi Stroller Handy 4X
Key specifications: Light weight (4.9kg), high seat (55cm), automatic swivel wheels, UV protection canopy
Size: (Opened) W497 x D745~880 x H1005~1050mm, (Folded) W497 x D480 x H1020mm
Suitable for: Newborns to 36 months

Ciri-ciri utama: 

1.Senang nak handle. 
Stroller Handy 4X ini didatangkan dengan pusingan roda 360 ° automatik yang membolehkan saya memusing atau menukar arah.Mudah dan selesa! 


2. Ringan (4.9 kg) serta Senang fold dan unfold
Sesuai untuk ibu yang keluar berdua dengan bayi kerana senang diangkat dan juga dibawa kemana-mana.Yang paling saya suka tentang stroller ini ialah bagaimana mudahnya untuk membuka dan melipatnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja walaupun ketika itu saya sedang mendukung anak.Hanya melepaskan kunci keselamatan, tarik lipatan tuil dan mengangkatnya.



Satu ciri tambahan pada Combi Stroller Handy 4X ini ialah setelah dilipat, stroller ini boleh berdiri sendiri dalam keadaan folded. Ini bukan sahaja memudahkan saya menyimpannya apabila di rumah, malahan ciri ini tidak memerlukan saya membongkok ketika melipatnya dan membuatkan fabriknya tidak menyentuh lantai, oleh itu, ia tidak cepat kotor. 

Boleh berdiri sendiri

3.Ciri keselamatan 
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller Handy 4X ini mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Tiada sharp/rough edges yang boleh cederakan bayi/anak. 


Selain itu stroller ini mempunyai system brek yang kukuh (lock & unlock feature)Selain itu terdapat Dacco Seat & Seat Cushion yang menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi saya. 

4. Boleh recline sehingga 170 degree’s (sesuai dari newborn) 
Ia boleh digunakan sejak lahir.Ciri boleh baring sepenuhnya ini bagi saya bukan sahaja penting untuk bayi baru lahir, tetapi juga apabila anak saya tertidur di dalam stroller - sekurang-kurangnya anak akan lebih selesa. Mengikut manualnya, Combi Stroller Handy 4X ini boleh digunakan sehingga anak berumur 3 tahun atau sehingga berat 15kg. 

Kalo mommy’s nak beli stroller dari new born sampai besar, wajib pilih stroller yang ade fungsi recline ini. 

5) Reversible Handle (forward & rear facing): 
Kebolehan reversible handle untuk forward facing and rear facing. Baby bawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih selamat bila nampak ibu dan ayah yang menolaknya, untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan mereka lebih luas. 


6. Canopy besar yang melindungi 99% daripada sinar UV 
Canopy besar boleh laras yang boleh memberikan perlindungan 99% daripada sinaran UV. Ia juga dilengkapi dengan tetingkap mesh yang boleh dibuka & tutup.


Jadi dah tak payah risau kalau terpaksa tolak stroller dibawah cahaya matahari kerana conopy ini boleh melindungi anak sepenuhnya dari cahaya atau panas terik. 

7.Tinggi stroller 55cm. 




Apa beza stroller yang rendah dan tinggi?Ada bezanya tau..sebelum ini Saya tidak pernah terfikir tentang kepentingan ketinggian tempat duduk sehingga saya menggunakan stroller ini. Yang pertama adalah lebih mudah untuk saya kerana saya tidak perlu membongkok terlalu banyak untuk mengambil anak saya masuk dan keluar dari tempat duduk. Selain ia memberikanpemandangan yang luas kepada anak saya ianya juga dapat menghindar kaki anak dari menjejak lantai atau tanah. 

8.Dacco Seat & Seat Cushion boleh dibasuh 
Selain daripada menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi anda, kerusi Dacco juga boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dibasuh dalam mesin basuh bersama-sama dengan kusyen stroller. Memang kriteria ini amat penting bagi saya. Maklumlah, Kadang-kadang, anak akan makan biskut, minum air,susu tumpah dan sebagainya ketika di atas stroller dan sudah tentu, ini akan mengotorkan fabriknya. Jadi, bagi saya, fabrik stroller perlu mudah dicuci. 


9. Disediakan Hand strap untuk mudah dipegang dan bawa.


Hand strap yang disediakan dibawah bingkai kerusi di bawah kusyen tempat duduk, membolehkan saya membawa Handy 4X dengan mudah, terutamanya semasa naik atau turun tangga. 

10. Bakul penyimpanan yang besar. 
Handy 4X dilengkapi dengan bakul besar yang kukuh dan boleh menampung sehingga 5 kg bersamaan barangan keperluan bayi.Yeay!..bila pergi mana-mana ke taman ke shopping mall ke dah tak payah risau macam mana nak pegang..letak je dekat bakul bawah stroller tu.! 


Jadi apa pendapat mommy dan daddy diluar sana??Berbaloi atau tidak memiliki stroller ini.Bagi saya stroller ini sudah cukup menepati citarasa saya yang sebenarnya agak cerewet dalam pemilihan stroller.

Bagi yang ingin membeli stroller ini jangan lupa untuk lawati Page facebook COMBI di https://www.facebook.com/malaysiacombi/  atau di Shopee

Don't forget head over to https://100comments.com/ for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice




Post a Comment

3 Comments

  1. terbaik produk ni.. masa ni tengah survey stroller jugak

    ReplyDelete
  2. barang penting bila ada bayi atau anak2 kecil.
    Selamat Hari Raya ...

    ReplyDelete
  3. Good way of explaining, and fastidious article to get data concerning my presentation subject matter, which i am going to present in university. gmail log in

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..