8 perkara yang boleh anda lakukan dengan keluarga anda hujung minggu ini





Mesti boring juga kan bila weekend duduk terperuk dekat rumah je,apa kata korang buat sesuatu yang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan,ye lah hujung minggu adalah waktu paling berharga untuk melakukan aktiviti bersama-sama keluarga tidak kiralah di dalam mahupun di luar rumah.Kadang-kadang tu buntu juga memikirkan idea dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu ini.Hujung-hujung tahun ni macam-macam cerita keluar...sampai tak tahu nak tengok yang mana 1 dulu, semua best-best ..apakata isi waktu hujung minggu anda dengan menonton wayang bersama keluarga Ya, apa salahnya jika satu keluarga keluar menonton wayang bersama-sama . Jangan pula anda ingat bahawa ibu bapa anda tidak sukakan aktiviti ini, jika tidak cuba, tak tahu kan?Kepada kaki-kaki wayang, di https://www.showtimes2u.com/ ada sediakan senarai penuh tayangan filem yang bakal menjengah panggung pada bulan Dicember ini. Banyak filem menarik yang wajib anda tonton dan pasti ada filem yang menepati selera anda.

Di https://www.showtimes2u.com/ bukan sahaja ada menyediakan senarai tayangan filem tetapi,anda juga boleh menonton trailer filem tersebut.Jom kita tengok filem apa yang menarik serta yang sedang ditayangkan dipawagam sekarang ini.



Selain daripada menonton wayang banyak lagi  perkara  yang  anda boleh  menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana yang menyeronokkan dan memberi penuh makna kepada satu sama lain.




2. Melancong- Bagi mereka yang berkemampuan dan ada bajet lebih, inilah masa terbaik untuk pergi melancong. Lakukan perancangan awal. Percutian pendek ke destinasi pelancongan yang berdekatan juga sudah mampu meninggalkan memori manis bersama keluarga.

3. Melawat ke tempat menarik-Selain daripada melancong boleh juga melawat tempat-tempat menarik seperti muzium,zoo dan sebagainya.Jangan lupa bawa kamera bersama untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga.

4. Beriadah bersama-Keseronokan akan lebih dirasai apabila seisi keluarga dapat mengekalkan kesihatan sepanjang masa kesan daripada aktiviti riadah seperti berbasikal, bermain bola dan berjoging Ini dapat membantu mengeratkan hubungan erat anda sekeluarga. Selain itu, kesegaran udara yang diperoleh ketika melakukan aktiviti riadah juga membantu mengekalkan kesihatan emosi dan fizikal diri.


5. Makan malam & Barbeque-Kembalikan memori masa kanak-kanak anda dengan makan malam bersama keluarga.Ye lah dah masing-masing berkerja tidak berkesempatan untuk makan beramai-ramai dengan adik-beradik. Semua ahli keluarga wajib ada dan makan bersama di meja makan. Bukan saja ibu bapa, malah anak juga pasti akan seronok apabila dapat makan bersama terutama bagi mereka yang jarang bersua walaupun tinggal dalam rumah yang sama.Diselitkan pula dengan aktiviti bbq,mesti seronok kan..

6. Berkelah-Jangan buang hari cuti anda dengan tidur!Apa kata keluar bersama atau berkelah satu hari. Pilih tempat-tempat yang lebih berorientasikan alam agar dapat menikmati udara segar.Buat yang terbaik setiap saat dengan menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang yang anda sayangi dan mereka yang peduli dengan anda.

7. Melawat saudara mara-Inilah masanya untuk kita dan anak-anak melawat sanak saudara yang berada di luar kawasan, terutama sekali yang berada jauh dan jarang ditemui. Selain kita sendiri dapat mengeratkan silaturahim, anak-anak juga dapat mengenal saudara mara yang jauh. 

8. Karoake- Ya karaoke!Tidak perlu ke pusat karaoke untuk berkaroake.Ini juga salah satu cara terbaik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.


Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga anda.terpulang kepada anda bagaimana nak lakukan aktivii tersebut.


Post a Comment

1 Comments

  1. i'd prefer to stay at home with everybody. hehe

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..