Nasi Kerabu


Ada sesiapa ke yang suka makan nasi kerabu?Kita geng..fiqa dulu asalnya tidak suka makan pun nasi kerabu nie..tapi suami yang ajar makan..hihi..bila dah terasa kesedapannya..terus tersuka tanpa sengaja..Kalau boleh hari-hari nak makan pun tak apa..dari tak minat sampai boleh terliur-liur bila sebut nasi kerabu tu..ish3...

Tapi kan nak buat tu lah leceh..kalau nak makan pergilah beli kat kedai mek tu ha..nak belajar masak tidak tahu lah bilanya..korang yang ada buat nasi kerabu tu roger2lah fiqa yer nak sikit....haha tak malu...

Sini fiqa sertakan sekali resepi nak buat nasi kerabu..senang nanti kalau rasa nak buat buka je sini..hihi.

Lepas ni haraplah rajin nak buat.. 



Resepi nasi kerabu

Kuah Sambal Tumis:
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 2 keping asam keping
  • 1 1/2 sb gula
  • 2sk garam halus
  • 2sb budu
  • Minyak masak
Cara-cara:


Kisar cili,bawang merah,besar dan putih serta halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan 1 1/2 cawan air.Masukkan santan.Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai dan asam keping.Bila mendidih masukkan budu dan gula.Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlalu masin.Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Sambal Ikan
  • 1 biji kelapa parut-goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
  • 7 ekor ikan sardin- Rebus,ambil isi & tumbuk
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 batang serai
  • 2 1/2 sb gula
  • 2 1/2 sk garam
Cara-cara
Tubuk serai sehingga hancur dan masukkan bawang merah.Tumbuk lagi.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk.Gaul rata.Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal cili
  • 1/2 kg cili-basuh
  • Garam
  • Gula
  • Belacan
  • Asam jawa
  • Limau nipis/cuka
  • Kisar kesemuanya
Ulam-ulaman
  • Kubis
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
  • 5 1/2 pot beras (atau sukatan biasa masak nasi)
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru)
  • 2 helai daun pandan
  • Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa

Bahan lain
  • Keropok goreng
  • Telur masin
  • Bawang putih jeruk
  • Ayam goreng berempah (Yang nie saya suka..hihi)


Lepas ni haraplah rajin nak buat..😄😄

Well, read Village-Bakery.com (worldwide resource built by cooks, for cooks) Here's a lot of information that you can get like tips, recipes and more .. all about kitchen.And after that don't forget to bookmark this website incase ur need in future



Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..