Parenting & Lifestyle blogger

Showing posts with label Tips Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu. Show all posts

28 May 2017

Tips Untuk Anak Demam

Bulan lepas dekat sebulan anak demam on off suhu badan,lepas tu batuk-batuk muntah..April bulan yang penuh tragedi..banyak kisah suka dan duka dibulan April!..semestinya hari yang tidak boleh dilupakan..


Fiqa ada jumpa tips kalau anak demam yang dikongsikan oleh Doktor Erna Nadia di facebooknya..dan fiqa share disini untuk panduan dimasa hadapan!..sama-sama kita jadikan rujukan..hehe

SUHU NORMAL BUDAK

1.MULUT:35-37.5'c

2.TELINGA:36-37.8'c

3.PUNGGUNG:36-38'c

4.KETIAK: 36-37'c


Jadi,apa yang perlu buat bila anak demam??Apa yang kita perlu tahu bila anak demam ini biasanya terjadi apabila

i Anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria),
ii. Apabila anak anak nak pandai buat sesuatu ( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
iii.Apabila bermain panas terlalu lama.
iv Apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil ( badan jadi stress sikit)
v. Selepas kena cucuk ( badan nak berinteraksi dengan ubat)


Setiap rumah wajib ada termometer untuk check suhu anak.
    Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
    37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
    38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah selsius, seeloknya bagi anak ubat punggung. Tapi kalau tak yakin dan tak tahu dose, bagi ubat demam biasa dan lap lap anak anak atau mandikan dia.

    Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali.
    Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.
    Jika suhu menurun, alhamdulillah.
    Kemudian wajib pantau.
    Jika tidak, tengok keadaan dia.
    Nampak biasa atau luar biasa.
    Buka semua baju dia.
    Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking bagai.
    Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu.
    Biarkan haba panas keluar.

Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?

Boleh tapi seeloknya mandikan atau lap lah menggunakan air suam suam biasa.Kesianlah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.

Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?

1. Anak aktif ke tak?

2. Anak boleh makan ke tak?

3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?

4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?

5. Ada muntah dan cirit tak?

6. Ada buang air besar tak?

7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)

8. Anak merengek tak?

9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?

10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?

11. Anak anda tarik (sawan) tak?

12. Ada ruam ruam atau tidak?

Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali.


Bolehkah terus bagi antibiotik kepada anak?

Tak boleh.Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak.Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu.Kalau ada lebihan, sila buang.


Boleh kah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?

Tak boleh.Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana.


Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?


Boleh. Cuma jangan berlebihan.


Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?

Tak boleh.Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak kanak atau orang dewasa.

Yang tiada gas pun tak boleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.


Bolehkah bagi aiskrim time anak demam?


Boleh.Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.

Jangan paksa jika dia takmau makan nasi.

Bagi apa yang dia nak makan.

Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun dah ok.

Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu.

Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.

Pantau pampers dia.

Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor.

Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut.

Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena.

Periksa suhu dan keadaan anak malam malam.

Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh.


Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung.


Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.

Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa.

Insha Allah, anak anda akan sihat jika langkah awal diambil.

Bolehkah kalau nak bagi air jampi sahaja?

Hurm boleh bagi air jampi tapi eloklah kita tahu dahulu apa punca demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.


Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?


Sebolehnya tak perlu dan janganlah membazir.

Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.

Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural.

12 April 2017

Anak suka buka pintu peti sejuk

Aiii..mula-mula abam lepas tu adek pulak..ganti-ganti buka peti ais..kadang-kadang berjemaah duk godek apa ntah..seorang tu punggah barang dalam peti tu,sorg lagi main lampu..

Kalau tetiba senyap je tu dah tau dah mesti depan peti ais lah tu..memula tu pelik juga kenapa diorang taksub sangat dengan peti ais..kebetulan fiqa jumpa satu atikel dari majalah pama  barulah fiqa faham kenapa...hehehe.
Jadi fiqa share dekat sini  artikel dari majalah pama sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:

28 January 2017

Review : Cloth Diaper



Cloth Diaper



Haiihh..orang review cloth diaper,engko sibuk nak buat review juga..
😆😪..hahaha nak juga lah sebab itu review berdasarkan pengalaman diorangkan..nie pengalaman diri sendiri kan..hehe

Sebenarnya,dah lama beli cloth diaper nie..tapi tu lah nak bagi pakai tu on of je..time orang lain bagi pakai anak diorang cd,sibuk juga nak beli..kengkononnya nak bagi pakai ke anak sendiri..Haaaa..tu nafsu je sebenarnya..sebab nampak cloth tu cantik..iss mak nak juga..penyudahnya sekali 2 pakai penyakit M besar tu datang nak menyental..basuh kering lipat simpan...hahahaha...terbaik gituuuu...

Niat datang nak bagi pakai anak cd tu semula bila simpan baju2 lama anak..baru terfikir ruginya beli tapi tak pakai..azam nak bagi pakai tu datang semula..seperti review pengguna sebelum-sebelum ini bila pakaikan anak cd ini banyak penjimatan dapat dilakukan..

Memang betul memang banyak penjimatan..cuba tengok jadual dibawah..

Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diapers
Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)

*RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan *bergantung kepada harga lampin
RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00

Kos bagi pembelian 20 helai CD (20-25 helai adalah jumlah yang disyorkan)
*RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga CD

Penjimatan
setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00  


Atau paling senang korang kira je lah harga se pek lampin pakai buang anak korang..contohnya lampin pakai buang anak fiqa rm33.99,kena beli 2 pek setiap bulan..harga berubah2*

RM33.99 x 2=RM67.98

RM67.98 x12 bulan =RM815.76

Sebanyak RM815.76 untuk setahun hanya kos lampin pakai buang sahaja..kalau 2 orang?tiba2 dapat kembar ke...hehehe..pengsan kejap...

Tapi bila guna cloth diaper masih perlu beli lampin pakai  buang tapi hanya 1 pek sahaja,jadi jimat rm33.99 dekat situ kan..*Fiqa guna lampin pakai buang bila malam dan keluar jalan2..

Bila kira rm33.99 x dengan setahun bersamaan RM407.88

Kalau rm33.99 masuk bank kita kasi berbunga2 dalam tu..dah nampak hasil tu kan..

 TAPI..

Jangan berangan kalau korang malas nak membasuh macam fiqa dulu..hehehe.
Sebenarnya senang nak basuh Cuma apabila basuh bila anak berak je rasa mencabar sedikit..tak lah mencabar sangat pun sebenarnya..dari kita je sebenarnya sama ada rajin atau tak.


Harga CD?

Harga berbeza-beza mengikut brand dan kualiti..ada yang mahal ada yang murah.Ikut kemampuan masing-masing.


31 October 2016

Tidur Anak Lebih Lena Dengan 4 in 1 Babynest by Cekebum

Assalamualaikum…
Kali  ini fiqa nak review 4 in 1 Babynest by Cekebum .Apa itu 4 in 1 Babynest by Cekebum???Adakah anda salah seorang daripada ibu yang bakal melahirkan anak?Atau mempunyai bayi?Seorang ayah yang prihatin?Mahukah anda agar tidur bayi anda nyenyak sepanjang malam?Teruskan bacaan anda agar anda tidak terlepas info yang menarik ini.
Bila sebut sahaja KEKABU, rata-rata mesti akan teringatkan bantal dan tilam kekabu kan?? Produk yang diasaskan daripada kekabu banyak kelebihan. Antara kelebihan kekabu adalah :
  • Kekabu tidak menyerap atau menyimpan haba. Maka, bantal atau tilam kekabu tidak panas.
  • Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun atau lebih.
  • Kekabu sangat lembut dan mudah untuk digebukan semula. Hanya perlu pukul dengan kayu atau tepuk-tepuk guna tangan dan jemur di bawah cahaya matahari.
  • Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang.
  • Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas.
  • Kekabu tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.
TAHUKAH ANDA? 

Bayi menghabiskan 70% awal  kehidupannya di tempat tidurnya?

Tetapi, adakah bayi anda punya masalah tidur malam?

Cekebum™ komited dalam menyediakan kelengkapan tidur agar tidur anak anda  lena.



Siapa Cekebum??

Siapa Cekebum? Cekebum mula beroperasi secara penuh pada Januari 2016 dengan membawa jenama Cekebum™. Cekebum beroperasi di S2-11-01 SOHO Vista Alam, Sek 14 Shah Alam Selangor sebagai pejabat urusan utama Cekebum. Produk ini dihasilkan 100% di Malaysia dan bahan-bahannya di bawa masuk dari pelbagai negara seperti Cina, Indonesia dan lain -lain. 

 
Telah mendapat liputan akhbar tempatan sebagai inovasi produk.

Sehingga kini sebanyak 14 corak telah dikeluarkan oleh Cekebum dengan tag line:,
"Ready stock but limited"

Jika anda ibu bapa prihatin untuk memilih yang selamat, selesa dan semulajadi, maka Cekebum™ ingin berkongsi kegembiraan mereka untuk membantu anda memilih tilam bayi yang terbaik – 

-4 in 1 babynest –Kenapa namanya babynest? ianya bermaksud 'sarang untuk bayi' dimana ianya melindungi bukan sahaja di belakang bayi, malah disekeliling bayi.
    -Sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga 1 tahun untuk membiasakan bayi di dalam babynest.
       -Berkonsepkan 'Kanggaro mother' dimana babynest by cekebum™ ini akan memastikan bayi anda sentiasa berasa seperti didalam dakapan anda.
        -Diperbuat daripada 100% kekabu asli dan cara untuk basuh hanyalah dengan menggunakan berus basah dan jemur untuk mengeringkannya, secara tak langsung mengembalikan keempukan kekabu.
          -Premium – bagaikan serasi dengan kulit bayi, menyerap peluh, membolehkan kulit bernafas secara   alami dan semulajadi agar si manja dapat tidur berkualiti tanpa gangguan.
             -Reka bentuk yang exclusive – terdapat pilihan yang menarik dan bergaya untuk bayi lelaki, bayi perempuan dan untuk ibu juga!

              Tidak seperti barangan kekabu bayi yang lain, Cekebum™ inginkan bayi anda – 
                Selesa Buat Bayi Tidur Lebih Lena – 
                  Pastinya anda mahu si kecil selesa bukan? Apabila si kecil selesa dan lebih lena, ini membolehkan mama dan papa berehat dengan lebih lama agar lebih bertenaga untuk memulakan hari esok. 
                  Bahan utama 4 in 1 babynest by cekebum ini 100% kekabu asli memberi keselesaan buat yang tersayang. Dan terdapat corak menarik yang mampu memberi rangsangan deria bayi anda.
                    2 Pilihan Jenis Tilam Kekabu yang Sesuai Dengan Keperluan Anda – 
                      Adakah anda inginkan tilam yang sesuai dengan pilihan anda? Anda boleh pilih untuk keluaran Eksklusif atau Premium sesuai dengan kehendak anda semua.
                      Eksklusif
                      -Kain atas kain kualiti sama dengan brand luar negara
                      -Lebih tebal dan selesa di dipegang
                      -Dan yang terutama, untuk kain yang bercorak ini, hanya di CEKEBUM di MALAYSIA mahupun dunia mengunakan 
                      - (High Quality 'Thick Cloth' di mana 100% Cotton Double Warp and Double Weft fabric.)
                      -(High Quality colourfull coating untuk memberikan pengudaraan sempurna untuk anti ruam)
                      -kain di bawah high grade cotton.
                      Dan untuk sekarang ini, corak yang ada adalah



                      Eksklusif collection BNC 113 - Adorable owl (Ocean blue)
                       
                      Eksklusif collection BNC 114 - Adorable owl (Apple green)
                       

                      Premium
                      -Kain atas dan bawah sama, high grade cotton.
                      Keduanya 100% di isi kekabu asli dan didatangkan dengan custom made woven bag dan sticker cermin kereta.

                      Dan untuk sekarang ini, corak yang ada adalah
                      Premium collection BNC 11 2 - Little jungle (creamy brown)
                                Premium collection BNC 115 - Mr Dinosour (apple green)





                        Mampu Milik – 
                          Anda merasa tertekan kerana perlu memilih antara kemampuan, keselamatan dan keselesaan bayi anda? Kini tidak lagi. Ini kerana, Cekebum percaya yang anda akan merasa sungguh lega kerana dapat menikmati semua itu dengan harga yang berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
                            Direka Khas & Unik
                              Adakah anda tahu yang Tujuan utama 4 in 1 Babynest by Cekebum adalah untuk memberikan "KESELESAAN TIDUR YANG MAKSIMA" buat si manja anda.Oleh kerana Cekebum sudah pun merasai keunikannya, lalu Cekebum ingin berkongsi pengalaman Cekebum dengan anda.Bersifat ready to use pastinya memudahkan anda kerana boleh digunakan dan di bawa kemana sahaja.


                              ·         Kegunaan dan kelebihan 4 in 1 Babynest by Cekebum™
                              Kegunaan 4 in 1 Babynest by cekebum

                              1-Saiz boleh laras dan boleh digunakan 2 bahagian atas atau bawah.

                              2-Boleh dijadikan babynest atau tilam biasa semudah abc.
                              3-Sangat sesuai untuk majlis kenduri cukur jambul, orang datang melawat.
                              4- Mengelakkan bayi dari jatuh dari katil mahupun sofa.
                              5-Tidak perlu mencari bantal peluk yang hilang, bantal peluk tidak lagi perlu,
                              6- Selepaskan dilaraskan saiznya bayi akan terasa seperti dipeluk ibu atau bapanya.
                              7- Boleh diletakkan dalam stroller, babycourt, atas sofa dan katil.
                              8-Hanya kami mengunakan  100%  Cotton Double Warp and Double Weft?? , ianya sangat lembut dan dapat mengelakkan bayi berpeluh dan ruam.

                              Alahai..anak fiqa yang dah setahun lebih nie beria2 sangat  nak duduk dalam babynest tu..hehe

                              Antara testimoni pengguna 4 in 1 Babynest by Cekebum™
                              (Testimoni  credit to https://cekebum.blogspot.my)


                               
                               


                              HARGA CEKEBUM
                              .
                              Untuk eksklusif
                              Harga  RM249.00 
                              .
                               Untuk premium
                              Harga  RM199.00 
                              .
                              Harga termasuk POS semenanjung (3-7 hari bekerja) dan jika nak pos laju dijamin sampai esok, boleh topup RM29.00.
                              .
                              Boleh booking serendah RM50.00 dan bakinya maxima 30 hari.


                              Untuk info selanjutnya bolehlah tengok sendiri  di:
                              Facebook Cekebum HQ
                              Website :
                              Cekebum
                              Instagram:
                              cekebum.tilambaby

                              11 October 2016

                              Makanan untuk Ibu Mengandung




                              Kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu.

                              Berikut merupakan makanan-makanan yang terbaik buat ibu semasa kehamilan:-




                              1.WALNUT
                              Rupanya yang kelihatan sepert otak manusia dipercayai sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Secara umum mengetahui, bahawa didalam walnut mngandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu2 yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

                              2.BUAH DELIMA

                              Terdapat banyak khasiat yang sangat baik didalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

                              3.KURMA

                              Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada ibu hamil hal ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral didalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalh sembelit.

                              4.MADU

                              Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

                              5.SUSU KAMBING

                              Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat didalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan oleh kita terutamanya ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kakinpada wanita itu sendiri. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.



                              P/S : AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN MINUM SUSU KAMBING UNTUK KHASIAT YANG TERBAIK BUAT ANDA DAN BABY!!