ONLINE SHOPPING DI EZBUY MALAYSIA



ONLINE SHOPPING DI EZBUY MALAYSIA


ONLINE SHOPPING DI EZBUY MALAYSIA | Sejak memegang title officially housewife banyak masa saya dihabiskan di rumah. Jadinya, bila dah duduk rumah mula lah tangan gatal search laman web,maklumlah nak keluar shopping memang susah dengan 2 orang hero yang agak lasak.Oleh itu,pembelian online merupakan pilihan utama dalam mencari dan membeli barang.Antara online store yang merupakan "one shop center"yang selalu saya terjah ialah seperti ,Lazada, Gemfive and 11 Street dan antara platform online shopping yang semakin menempah tiket di hati pelanggan ialah EZBUY MALAYSIA yang dahulunya di kenali sebagai 65daigou.

Apa itu EZBUY??

Ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.


Sebab-sebab untuk Membeli-belah dalam talian dengan ezbuy.

1.Tidak perlu memahami bahasa Cina.
-Sebelum ini saya terpaksa melupakan hajat saya untuk membeli di 65daigou (Sekarang ezbuy),kerana laman web ini menggunakan bahasa Cina.Namun setelah laman web ini ditukar kepada ezbuy dan berlaku penambahbaikan,saya lega kerana boleh shopping semula di ezbuy,kerana tidak perlu bimbang lagi kerana laman web ini disediakan dalam bahasa English.


2. Anda boleh menikmati kadar penghantaran dengan hanya RM8.80
-Memperkenalkan ezbuy PRIME.Prime ini ialah unlimited shipping dengan hanya bayaran Rm8.80 sahaja.Dengan Prime kita boleh beli banyak tanpa perlu risau kos penghantaran antarabangsa.Daftar sebagai ahli Prime dengan bayaran Rm18.80/Sebulan atau Rm188.00/Setahun. Untuk maklumat lanjut semak ezbuy PRIME di SINI.




Register for Prime Trial. Limited to daily 1st 100 register user klik Borang Di SINI



3. Anda skip pengimport, eksport, pengedar dan peruncit
Melalui laman web ezbuy,anda dapat membeli terus dari pengeluar secara langsung.Anda akan mendapat harga borong yang mana menjimatkan kos.

4.Pilihan penghantaran.

Ezbuy memberikan kos penghantaran yang sangat rendah.Terdapat Empat pilihan penghantaran dan kadar penghantaran yang berbeza iaitu:

DHL Express

Priority Air

Economy Air

Sea


Klik di sini untuk melihat kadar penghantaran. https://ezbuy.my/Help/CostCalculate


5. Banyak pilihan.


Terdapat pelbagai barangan yang ditawarkan.Kadang-kadang barangan yang dijual di sini agak mahal tetapi melalui ezbuy anda boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah.Boleh berjimat.

Mendaftar di ezbuy.[Pengguna kali pertama]

1.Langkah pertama:Register dulu account dengan ezbuy kat [SINI] bagi yang belum mendaftar lagi. Kalau dah ada terus LOG IN jer.







Bila dah login akaun korang macam gambar dekat bawah.





2.Pilih barang yang dikehendaki.

3. Lepas dah pilih semua , ADD TO CHART.


Untuk yang ini,sila perhatikan yang ditandai warna merah.Untuk domestic shipping ada dua iaitu free ataupun berbayar.Untuk yang available for Prime atau ezbuy,korang boleh pilih Prime atau ezbuy.Ada juga produk yang hanya available untuk Prime atau ezbuy sahaja.Apa beza Prime atau ezbuy?Korang kena teruskan membaca.Untuk shopping cart terdapat 4 pilihan iaitu Prime,CN,TW,US dan Local.Item tu daripada China, USA dan Taiwan.Mcam item yang saya order ini adalah dari China.



4. Bila puas hati boleh lah klik CHECKOUT untuk lihat order korang,Untuk Shipping fee pula,ada beberapa kaedah yang item anda akan dihantar: -

DHL Express

Priority Air

Economy Air

Sea


Harga untuk setiap kaedah penghantaran adalah berbeza iaitu dari yang laju & agak mahal ke lambat & murah.Boleh pilih mana-mana pun.Sebelum checkout jangan lupa gunakan voucher free tadi dan masukkan kod untuk diskaun 15% fee shipping ezfriend15





Lepas klik check out,boleh tengok detail order summary sekali lagi berserta kos shipping dengan kos penghantaran domestic bolehlah klik BUY NOW dan dekat bawah ada pilihan sama ada korang nak barang korang tu nak diinsurankan ataupun tidak.

4. Lepas klik BUY NOW akan keluar page seperti dibawah.Klik ADD NEW ADRESS.


Masukkan butiran peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon dan sila pastikan segala maklumat yang diisi betul.

5. Selesai proses mengisi maklumat peribadi.korang akan dibawa ke page seperti dibawah.
Seterusnya klik TOP UP NOW


6. Akhir sekali..pilihlah cara pembayaran yang korang mahukan.Selesai,tinggal tunggu barang korang sampai je.






Tips untuk berjimat.

1) Pilih barang yang tidak mempunyai domestic shipping kos .

2)Pilih satu jenis shipping , supaya barang akan sampai sekaligus dengan bayaran delivery yang perlu dibayar sekali saja.

3)Saya lebih suka shopping menggunakan ezbuy PRiME kerana:

Apa sahaja barangan yang anda beli kos penghantaran hanya RM8.80/nett

Pastikan anda beli barangan secara banyak kalau nak jimat.

Untung kalau beli barangan secara pukal, besar dan murah.

Untuk Pelanggan setia Ezbuy, Prime ni sangat sesuai untuk anda menikmati program ekslusif yang memberikan anda kelebihan selama satu tahun dengan hanya RM188 tahunan tidak kira berapa berat, jumlah barangan yan anda ingin beli.

Upah ejen yang murah sebanyak 4% untuk pemprosesan tempahan termasuk dari parcel, packaging, dokumen yang diimport, Prime member dapat menikmati sama ada secara normal, VIP mahupun SVIP.

Insurans percuma sehingga RM2000 jika barangan anda hilang, mahupun diterima dalam keadaan rosak. Gantirugi mengikut polisi buy-for-me service.




DAFTAR SEKARANG UNTUK DAPATKAN PERCUMA RM15


Gunakan KOD : ezfriend15

Untuk mendapatkan 15% shipping fee

Selamat Bershopping semua!!


Post a Comment

2 Comments

  1. saya ada wat pembelian dekat ezbuy tp smpai skg sy xdpt details ttg brg tu..hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat akaun ezbuy tu boleh tengok detail order awk tu..ataupun awk boleh contact ezbuy melalui fb untuk status brg tersebut.

      Delete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..