Preview Trailer Operasi X Filem Terbaru 2018 Terbitan Dream Pictures Production

Assalamualaikum korang...

Pejam celik,eh dah masuk bulan November lah! Bagi kaki wayang mesti korang dah tak sabar nak ke panggung wayang untuk menonton movie-movie baru yang bakal menggegarkan panggung wayang kan?




Permulaan awal November peminat filem aksi bakal disajikan dengan satu lagi filem aksi terbaru 2018 yang gempak berjudul “Operasi X” terbitan Dream Picture Production.Filem ini telah pun ditayangkan serentak disemua pawagam di Malaysia bermula dari 1 November 2018.

Filem Operasi X Diinspirasikan dari Kisah Sebenar


Filem "Operasi X "ini perjalanan ceritanya diinspirasikan berdasarkan kisah rompakan besar di Pulau Pinang beberapa tahun lepas.Yang menariknya lokasi pengambaran filem ini juga dijalankan disekitar Pulau Pinang antaranya Bukit Bendera dan Pulau Aman


Siapakah Pengarah filem Operasi X?




Sandosh Kesavan merupakan seorang pengarah filem yang telah lama berkecimpung dalam dunia perfileman. Beliau telah banyak memenangi anugerah antaranya Anugerah Pengarah Terbaik , Anugerah Layar Skrin terbaik dan projek terbaik untuk filem pendek FELINA dalam Film and Video Festival Academy Film Malaysia pada tahun 1995. Setelah bekerja sebagai pengarah dalaman untuk Astro selama dua tahun (2000 – 2001), beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari bekhidmat di Astro dan membuka syarikat produksi beliau sendiri yang bernama Janu Talkies Sdn. Bhd. Beliau telah menghasilkan dan mengarahkan iklan TV, muzik video, dokumentari, video korporat dan banyak lagi di bawah produksi beliau sendiri.


Pelakon-Pelakon Filem Operasi X


Antara barisan pelakon "Operasi X"- credit foto (finas)

Filem Operasi X ini diterajui oleh ramai barisan pelakon hebat tanah air seperti Dato’Aaron Aziz,Dato’Awie,Datuk Yusof Haslam,Hanna Aqeela,Hairul Azreen,Hefny Saad,Hairi Safwan,Shima Aris,Amerul Affendi,Nashra,Nasir Bilal khan,Rahhim Omar,GBob,Azzahra Ahmad serta Zaidi Omar.

Pandangan/Review awal selepas saya menonton Trailer Operasi X Movie!

Trailer filem Operasi X telah dimuatnaik di Youtube pada 30 september yang lepas.Setakat hari ini,trailer filem Operasi X telah mendapat lebih 160 ribu tontonan.



Jadi saya bagi review trailer in berdasarkan trailer yang berdurasi 1.22 minit tu.Nak review penuh kena tunggu saya pergi tonton dulu yer!Banyak kali juga duk ulang-ulang tengok trailer nie .

Kalau tengok awal-awal trailer dia,muzik video pun dah gempak kan.Segempak penampilan Aaron Aziz dengan Awie.Pada minit ke 0.07 ada dialog awie yang berbunyi:Setiap detik,setiap pergerakan kau,satu nyawa akan terkorban!Memandangkan awie membawakan watak ketua Geng Belut manakala Aaron Aziz membawakan watak seorang polis,curious ingin tahu apa maksudnya awie tu?Adakah ramai orang akan terkorban?

Tapi untuk cerita yang bergenre aksi ini memang saya suka!Hey rasa nak join sekali masuk dalam movie tu nak belasah-belasah orang..haha.

Secara menyeluruhnya saya memang teruja nak menonton cerita ini lebih-lebih lagi  gandingan legasi Hero Aaron Aziz & Awie.Dalam trailer ini juga kita dapat melihat aksi tembak menembak serta aksi2 yang mendebarkan yang lain!Penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam yang memang sinonim dengan "Dunia Kepolisan"


Teraju utama "Operasi X"- credit foto (finas)



Jadi Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 gabungan Awie dengan Aaron ini membawakan sesuatu kelainan kepada kita semua?Nantikan review susulan selepas saya dah tonton movie ini dipawagam terdekat!

Eh Korang dah tonton belum Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018  yang Gempak ini diyoutube?Sebelum itu mari saya sajikan korang Trailer Operasi X ini.



Dah tengok Trailer jom baca sinopsis pula.Lagilah buat tak sabar nak pergi panggung wayang nak tengok!!!

Sinopsis Operasi X:

ASP Redzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, ASP Redzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman di hadapan matanya sendiri. ASP Redzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. ASP Redzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. ASP Redzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. Sehinggalah pada suatu hari, ASP Redzuan dikunjungi oleh Dato' Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. ASP Redzuan berkeras tidak mahu kembali kerana mengesyaki sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Redzuan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. ASP Redzuan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng Belut yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.


TUNJANG FILEM OPERASI X:

Pengarah: Sandosh Kesavan
Penerbit Zarina Sham
Penerbit Eksekutif: Ali Nathan Latiff
Kesan Khas: Fly Studio
Pereka Bunyi: El Praga
Penyunting: Elson Tommas
Muzik: Jay
Pengarah Fotografi: Norhanisham Muhammad
Seni: Muhammad Faisal Othman
Skrip: Atiqah Jani

INFO FILEM OPERASI X:

Bahasa: Melayu
Sari kata: Bahasa Inggeris
Kategori: P13
Tarikh Mula Tayangan: 01 Nov 2018
Jenis: Aksi / Jenayah
Durasi: 1 Jam 47 Minit

Jom ke panggung wayang sekarang!

Update:Sambil update Preview Operasi X Filem nie rasa teruja nak pergi tonton membuak2 makanya jam 9.30 malam keluar rumah p beli tiket wayang..so..saya dah tengok dah pun cerita nie..best ke?gempak ke?Nanti saya review kemudian yer..hehe







Post a Comment

5 Comments

  1. macam menarik tp rasa macam takbole nak tengok movie je T_T

    ReplyDelete
  2. Wah best ni, zumal nak tengok la nanti

    ReplyDelete
  3. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  4. hai..memang best cerita ni..jom baca review di blog saya juga :D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..