Diet Untuk Kegagalan Buah Pinggang Tahap 4
Penyakit buah pinggang kronik ialah keadaan di mana buah pinggang anda semakin kehilangan fungsinya secara beransur-ansur. Penyakit ini dikelaskan mengikut tahap, bermula dari tahap 1 hingga 5 berdasarkan kepada tahap fungsi buah pinggang anda.
Peringkat yang keempat penyakit buah 
pinggang bermaksud buah pinggang anda berada di tahap yang sangat teruk 
dan tidak lama lagi akan kehilangan semua fungsinya. Mengamalkan diet 
yang sihat adalah penting kepada semua orang, tetapi bagi anda yang 
mempunyai penyakit buah pinggang ianya adalah lebih penting lagi.
Walaupun peringkat keempat menunjukkan 
buah pinggang anda berada di tahap yang serius, terdapat pemilihan 
makanan yang dapat membantu anda untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.
Perhatikan Makanan Yang Mengandungi Garam
Mengawal tekanan darah adalah sangat 
penting jika fungsi buah pinggang anda berada di tahap yang keempat. 
Untuk mengawal tekanan darah, anda perlulah berhati-hati mengambil 
makanan yang mempunyai tinggi kandungan sodium.
Kebiasaannya, diet yang mengandungi 
tahap sodium yang terhad adalah melibatkan pengambilan harian yang 
kurang dari 2000 mg. Secara umumnya, makanan yang diproses atau makanan 
di dalam tin mengandungi tahap kandungan sodium yang tinggi.
Oelh itu, sebaiknya anda mengamalkan 
pengambilan makanan yang segar. Sekiranya anda suka makan di luar, anda 
sepatutnya merancang pengambilan diet anda. Cari maklumat nutrien pada 
makanan yang anda suka di restoran kegemaran anda.
Jangan takut untuk bertanyakan kepada 
pelayan restoran tentang pilihan sodium rendah. Anda juga boleh meminta 
kepada pelayan tersebut agar tidak menambahkan garam di dalam menu 
makanan anda.
Hadkan Pengambilan Protein Anda
Apabila penyakit buah pinggang anda 
berada di tahap keempat, satu lagi perubahan yang perlu anda lakukan 
dalam menua harian anda ialah kurangkan jumlah pengambilan protein. 
Proses pemecahan protein adalah tugas yang sukar bagi buah pinggang, 
jadi mengurangkan pengambilan protein adalah cara terbaik untuk membantu
 mengekalkan baki fungsi buah pinggang anda.
Kandungan yang tinggi protein boleh 
didapati di dalam daging, ikan, telur, produk susu, kacang, dan produk 
soya. Pengurangan jumlah protein dalam diet secara umumnya bermaksud 
tidak lebih dari 0.8 gram  hingga 1.0 gram bagi setiap kilogram berat 
badan anda.
Ini bermakna sekiranya berat anda ialah 
60 kilogram, pengambilan jumlah protein harian anda mestilah tidak lebih
 dari 48 gram hingga 60 gram sehari.
Tukar Kepada Diet Berasaskan Tumbuhan
Setelah anda mengurangkan jumlah 
pengambilan protein harian, anda perlulah meningkatkan pengambilan 
bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet anda. Makanan 
berasaskan tumbuhan adalah tinggi kandungan vitamin dan mineral.
Selain itu, makanan berasaskan tumbuahan
 ini memberikan manfaat kesihatan kepada anda kerana ianya rendah 
kolestrol dan lemak. Ini kerana kandungan lemak dan kolestrol yang 
tinggi boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular.
Walaubagaimanapun, anda perlu 
berhati-hati apabila mengambil sayur-sayuran dan juga buah-buahan jika 
anda mempunyai penyakit buah pinggang tahap empat. Ini kerana beberapa 
jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang dan kentang 
mengandungi tahap potassium dan fosforus yang tinggi.
Jika darah anda mengandungi tahap 
potassium dan fosforus yang tinggi, ia boleh mendatangkan bahaya pada 
kesihatan anda. Satu-satunya cara untuk mengetahui bagaimana tahap darah
 anda ialah dengan melakukan pemeriksaan darah secara kerap untuk 
memastikan darah anda berada di tahap yang normal.
Aktif Secara Fizikal
Adalah tidak lengkap apabila 
membincangkan tentang diet sihat jika tidak menyebut tentang aktiviti 
fizikal. Keseimbangan di dalam pengambilan diet sihat dan aktiviti 
fizikal mestilah seiring apabila anda ingin menjalani kehidupan secara 
sihat.
Panduan pemakanan piramid sekarang juga 
telah mencadangkan agar memasukkan aktiviti fizikal sebagai sebahagian 
dari program cadangan pemakanan. Secara umumnya, anda digalakkan agar 
melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit pada 3 
hingga 5 hari seminggu.
Oleh itu, sekiranya anda tidak aktif di dalam sebarang aktiviti fizikal, mulakan ianya sekarang secara beransur-ansur.
 
 
![Althea Angel Birthday Gift [My birthday]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_yOgeISo0FaQBQkD5yby_P21gPcnTwPEsrxHsx9aIjGWdWpwjoBpF1x0SOKzUK7SqTxTM7s6uy6LalZVMBArwY_suVP-0Arxn8p16g-ztqDrAZT4FuLPEWOo8pnbKb8ZueGpYX48LYqs/w680/Overallnew.jpg) 
4 Comments
kesiannya...harap lebih baik esok dan esoknya...thanks sharing info nie ye
ReplyDeletesemoga urusan ayah dipermudahkan ya
ReplyDeletesemoga ayahnya ok2 je pasni yea..
ReplyDeleteAllah. dugaan
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..