Fiqa story
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Pelbagai variasi masakan boleh dibuat dengan kacang bendi seperti,bendi tumis ,masak kari,dan juga asam pedas.Tetapi dalam  masa yang sama kacang bendi juga mempunyai pelbagai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan kita antaranya kacang bendi dikatakan mampu merawat/menurunkan bacaan diabetes/kencing manis/kolestrol.


Kacang bendi mengandungi vitamin A dan kaya dengan kandungan antioksidan seperti betakaroten,xanthin dan lutien,

Caranya:
1. Ambil 3 biji kacang bendi
2. Buang hujung dan pangkalnya
3. Kacang bendi dipotong dua atau tiga bahagian
4. Masukkan ke dalam balang
5. Masukkan air masak
6. Tutup balang
7. Langkah 1 - 7 dibuat pada pukul 10 malam
8. Biarkan bermalam
9. Pagi sebelum makan atau minum apa-apa, keluarkan bendi dari air, minum airnya sahaja
10. Air bendi ini akan membentuk lapisan di dalam perut yang berfungsi mengawal penyerapan gula ke dalam darah
11. Kandungan gula dalam darah akan semakin berkurangan dan terkawal
12. Bacaan diabetes akan turun





Tips Jaga Kesihatan Buah Pinggang
Kesihatan ginjal berkait rapat dengan cara hidup sihat,Bagi memastikan ia sentiasa berfungsi pada tahap optimum,amalkan gaya hidup sihat.Paling penting jaga pemakanan dan amalkan senaman bagi mengekalkan berat badan ideal.Dengan cara itu,hayat ginjal dapat dipanjangkan dan sentiasa berfungsi dengan sepenuhnya demi kesajteraan kesihatan diri.

Antara panduan:
  • Amalkan kehidupan sihat.
  •  Elakkan kebergantungan kepada ubatan tanpa surat doktor.
  •  Mengambil banyak sayuran dan buah-buahan segar.
  •  Menjauhi makanan bergula,air soda,pemanis tidak asli,makanan bergaram dan lemak tepu.
  •  Pilih alternatif lebih sihat seperti ikan bilis atau rumpai laut untuk mengantikan garam,daun stevia atau madu mengantikan gula,minyak zaitun atau kelapa organik sebagai minyak masak dan serbuk krimer mengantikan santan.
  •  Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  •  Kekalkan berat badan ideal dengan mengamalkan senaman,cara hidup aktif dan penjagaan pemakanan.
  •  Jangan merokok atau mengambil muinuman beralkohol.
  •   Melakukan pemeriksaan tekanan darah secara tetap.
  •  Lakukan perkara yang menenangkan dan elak berasa tertekan.


Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya 
berbanding membiarkan perut di'potong' untuk mengeluarkan bayi.
Walaupun ramai yang kata ibu yang bersalin normal itu sangat hebat tetapi sebenarnya ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean itu tidak kurang hebatnya. Mungkin ibu tidak merasa sakitnya 
kontraksi berlaku, mungkin ibu juga tidak merasa sukarnya proses meneran bayi dan mungkin ibu juga tidak merasa peritnya jahitan episiotomi bahkan tidak perlu melalui kesakitan bekas jahitan episiotomi yang berisiko 
terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka.
Tetapi perlu diingat, ibu yang bersalin caesarean perlu menyerahkan dirinya untuk menerima suntikan bius paling kuat, membiarkan perutnya dibelah selapis demi selapis untuk mengeluarkan bayi,
perlu menanggung kesakitan luka jahitan pembedahan yang sangat lama untuk sembuh, perlu berpantang lebih teruk berbanding mereka yang bersalin normal 
Ketahuilah mereka juga kalau boleh hendak merasa pengalaman bersalin secara normal tetapi apakan daya atas beberapa sebab berikut, mereka perlu akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Berikut adalah sebab mengapa seseorang bakal ibu perlu melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.
Pembedahan Elektif
1. Caesarean Ulangan
Sebelum ini pernah melahirkan secara pembedahan caesarean.
2. Jangkitan
Ia melibatkan jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan terkena kepada bayi jika bersalin normal.
3. Kedudukan bayi
Bayi berada dalam posisi songsang atau melintang.
4. Praeklampsia
Jika tahap ibu sangat teruk ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, jadi doktor tidak akan melambatkan proses kelahiran.
5. Ibu alami trauma
Mungkin pengalaman melahirkan secara normal sebelum ini menimbulkan trauma yang teruk kepada ibu.
6. Komplikasi penyakit
Penghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis atau tekanan darah tinggi memang berisiko jika bersalin secara normal.
7. Masalah plasenta previa
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.
8. Kandungan kembar
Ibu beranak kembar juga berisiko untuk melahirkan secara normal jadi doktor lebih menyarankan secara pembedahan.
9. Bayi pernah meninggal
Jika ibu pernah melalui pengalaman kehilangan bayi ketika melahirkannya maka doktor tidak akan mengambil risiko bersalin normal.
Pembedahan kecemasan
10. Tali pusat terbelit
Masalah ini mungkin berlaku apabila ketuban pecah. Kemungkinan tali pusat terhimpit dan menganggu bekalan oksigen kepada bayi. Ibu berisiko meninggal dunia kerana hypoxia.
11. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa terlalu lama untuk buka sepenuhnya. 
12. Masalah uri
Kedudukan uri di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukkan.
13. Bayi lemas
Degupan jantung bayi semakin lemah. Ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan serta merta.
14. Bantuan kelahiran gagal
Walaupun telah menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep tetapi
bayi masih tidak boleh dikeluarkan.
sumber:http://pama.karangkraf.com

7 Great Malaysian Dishes You Must try | Bangga menjadi anak Malaysia sebab bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya namun juga merupakan syurga makanan.Sudah tentu korang juga mempunyai cita rasa makanan kegemaran sendiri kan.

Kali ini fiqa nak share dengan korang 7 makanan Malaysia yang sedap yang korang mesti try.Bagi korang yang belum try lah.Makanan ini memang famous dan menjadi pilihan hati kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah fiqa sendiri gitu.

1.      Nasi Lemak.

Images via snapguide


Siapa je yang tak makan nasi lemak.Anak kecil pun sukakannya apatah lagi orang dewasa kan.
Nasi lemak adalah hidangan nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan.Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan paling terkenal di negara kita,jadi  hidangan ini senang je jumpa di mana-mana kedai makan.Kebiasaannya nasi lemak selalu menjadi pilihan sarapan pagi tetapi pada masa kini ianya leh didapati tidak kira waktu.

Nasi lemak kena lah ada sambal,ikan bilis,hirisan timun,kekacang dan telur rebus.Nak tambah ayam goreng,sambal sotong,sambal udang atau kerang pun boleh jer..ikut citarasa korang.Fuhh Perfect gitu!­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­


2.      Roti Canai

Images via The Vocket


Roti canai kosong 1! Kebiasaannya pergi kedai mamak pagi-pagi mesti ramai pelanggan order roti canai sebagai sarapan pagi kan.Antara menu favourite di Malaysia.Nak roti canai kosong atau roti canai telur?Ikut kesukaan kamu.

Bukan sahaja di makan pada waktu pagi tetapi ramai juga mengambilnya tak kira waktu.Kebiasaanya Roti Canai ni dihidangkan bersama dengan kuah Dal,kari dan juga sambal ikan bilis.Roti canai makan panas-panas memang sedap sampai tak sedar dah habis..hehe

3.      Satay


Images via Taste.com.au


Craving for sticks of juicy marinated meats? Kepingan daging yang diperap bersama bahan perapan dan bila dibakar akan menaikkan aroma keenakannya yang membuatkan korang teringin nak merasa.Itulah kehebatannya makanan yang bernama SATAY! Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia tidak kira kaum. 

Terdapat banyak versi satay termasuklah satay ayam atau daging lembu. Kebiasaannya satay dihidangkan bersama sos kacang goreng ditambah bersama hirisan timun dan juga bawang.

4.      Banana Leaf Rice

Images via edgeprop.my


Teringin nak makan beralaskan daun pisang?Korang kenalah try Banana Leaf Rice nie.
Ia merupakan kaedah tradisional untuk menghidangkan hidangan nasi pada daun pisang yang dibawa ke Malaysia semasa penghijrahan kaum India Selatan. Dalam makanan daun pisang, beras putih (atau beras padi di restoran India asli) disajikan pada daun pisang dengan pelbagai jenis sayuran, acar, appalam dan perasa serantau lain (biasanya masam, asin atau pedas).  Lazimnya, hanya kuah vegetarian (contohnya sambar) akan dihidangkan pada nasi kerana ia dimaksudkan untuk menjadi hidangan vegetarian tradisional. Walau bagaimanapun, kadang-kadang telur rebus, kari atau daging goreng atau makanan laut juga disajikan.

Cubalah dan ianya satu pengalaman makan yang unik, sebab ia akan membuka selera anda serta memberikan kepuasan yang lain apabila menikmati juadah atas daun pisang.



5. Nasi Kandar

Images via penang ws


Juadah yang berasal dari Pulau Pinang ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.Nasi kandar pada asasnya disajikan dengan pilihan lauk kegemaran korang termasuklah kari,ikan telur dan sayur bendi.Walaupun sajian ini sajian buffet style,korang boleh juga order ala carte.Ikut citarasa korang lah nak macam mana kan.

6.      Asam Pedas

Images via rasa malaysia.com


Sebut sahaja Asam Pedas semua tahu bahawa masakan ini sangat sedap dan mampu membuatkan semua kecur air liur.Asam Pedas nie mempunyai keistemewaannya yang tersendiri.Dapat makan ikan yang fresh,tekstur kuah yang pekat dan rasa yang seimbang,pastinya korang akan “kesedapan” sehingga menjilat jari.


7.      Cendol

Images via wikipedia

Selepas melawat tempat-tempat menarik dibawah matahari panas,saya biasanya akan mencari kedai menjual cendol dan menikmati semangkuk cendol adalah perkara heaven.Sambil menikmati cendol korang dapat menyejukkan badan korang yang panas tu sebelum menyambung aktiviti korang.!

Pencuci mulut Malaysia yang popular ini from a manual way of hand-shaved ice to an old school ice shaving machine, mixed in with a match made in heaven - gula Melaka and "santan" (coconut milk), uneven strands of green pea like-shaped pandan vermicelli, and the end result is a perfect thirst-quenching dessert!


Habis baca and craving for this dishes tapi tak ada masa,tak sempat sebab kekangan waktu?Atau for days you just feel like staying in? Alah apa susah korang order je lah secara delivery. Dengan menggunakan FOOD DELIVERY by FoodPanda sure korang akan dapat menikmati your favourite food delivered dengan sangat cepat dan mudah gitu.

Fiqa sendiri kalau time busy atau bercuti, memang seronok gak guna servis food delivery mcm ni. Senang! Nak makan apa buka apps FoodPanda dah boleh order macam-macam. Jimat masa, jimat tenaga, perut pun kenyang.















Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.
You can't pour from an empty cup.Take care of yourself first��-Blogger

SUBSCRIBE & FOLLOW

Subscribe to my Newsletter

POPULAR POSTS

  • combi mechacal handy auto4cas review
  • REVIEW : Botol Susu Pilihan Ibu atau Anak
  • Althea Angel Birthday Gift [My birthday]
  • Rose Face Serum Zeeta Serum Nombor 1
  • Tips untuk masak kenduri

Advertisement

Featured Post

Review: Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Logo SB

Sabahan Blogger

  • Mrs Pip
    10 Kebaikan Air Mineral Kepada Tubuh Manusia
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank
  • The_ramaramapendek
    Anime Review | Blue Exorcist Season 1
  • EMAS PUTIH
    Adakah Kitsui Bahaya?
  • Belog Kak Gojes
    Pemansuhan Syarat i-Sinar
  • Mia - Memories of Mine
    Honor Traditions, Renew Fortunes with Hilton Kota Kinabalu
  • Yatie Owner
    Honor Traditions, Renew Fortunes with Hilton Kota Kinabalu
  • Adi Channel
    Selain Kopi, Inilah Makanan Yang Boleh Hilangkan Mengantuk
  • Liza Izara
    ViViewhite kulit Persis Snowhite
  • Nour Adieb
    Rindu Awak Separuh Nyawa
  • Blog sofinahlamudin.com
    Pelan Internet Yoodo Membahagiakan Pemain MLBB | Bermain Mobile Legends Bang Bang Dengan Hanya RM5 sebulan untuk 20GB!
  • Junzie || Life is a Beautiful Struggle
    COSMODERM PERFECT BALANCED | Set Penjagaan Wajah Terbaru dengan Rumusan Prebiotik & Calamine
  • Dunia Drama
    Drama Melastik Ke Hatimu
  • ..............warna warni hidupku..............
    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi...
  • All About Love
    Suara
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
    Drama & Movie Apps | Review
  • DAYVE RAMPAS
    Dayve Tried: Garnier Light Complete Vitamin C 30x Booster Serum
  • Ini Kisah Tia
    Resepi Dalgona Coffee Versi Tak Pahit Sangat
  • CLA-Travel

Labels

  • Review 56
  • Kecantikan 28
  • Keluarga 22
  • Kesihatan 20
  • Althea 12
  • Holiday 6
  • Shopping 6
  • Carrie Junior 5
  • Gadget 5
  • Health & Fitness 4
  • enchanteur 4
  • Travel 2

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template